Berita Harian

Pemberian AP kilang proses sisa plastik dihenti serta-merta

-

Kuala Lumpur: Kementeria­n Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) mengarahka­n supaya pemberian lesen import (AP), untuk kilang memproses sisa plastik dihentikan serta-merta.

Menterinya, Zuraida Kamaruddin, berkata tindakan itu akan berkuat kuasa selama tiga bulan bermula semalam, susulan pencemaran serius di Kuala Langat, Selangor, yang dikatakan berpunca daripada kilang memproses plastik import secara haram.

194 kilang berdaftar

“Terdapat 194 kilang berdaftar di bawah KPKPT, tetapi hanya 97 kilang sahaja yang halal (beroperasi secara sah dan berdaftar).

“Justeru, mereka dikehendak­i mendaftar semula dengan syarat baharu yang dikenakan,” katanya di lobi Parlimen, semalam.

Laporan pencemaran di Kuala Langat

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas laporan sebuah akhbar semalam, berkenaan berlakunya pencemaran serius di Kuala Langat, Selangor, yang dikatakan berpunca daripada kilang yang memproses plastik import secara haram.

Zuraida berkata, kementeria­nnya juga akan mewujudkan pasukan petugas khas menerusi Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara (JPSPN), bagi mengkaji semula tatacara dan polisi semasa pengimport­an sisa plastik Kod Tarif 3915.

Katanya, pasukan petugas ini terdiri daripada Jabatan Alam Sekitar, Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Kementeria­n Perdaganga­n Antarabang­sa Dan Industri (MITI), Lembaga Pembanguna­n Pelaburan Malaysia (MIDA) dan Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersiha­n Awam (Swcorp).

 ?? [FOTO ZULFADHLI ZULKIFLI/BH] ?? Zuraida menjawab soalan media di lobi Parlimen, semalam.
[FOTO ZULFADHLI ZULKIFLI/BH] Zuraida menjawab soalan media di lobi Parlimen, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia