Berita Harian

Kempen hari keempat masih ‘suam’

-

Shah Alam: Kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Kandis yang masuk hari keempat masih ‘suam’.

Pemerhatia­n ini dibuat berdasarka­n kepada gerak kerja kempen kedua-dua calon, Mohd Zawawi Ahmad Mughni dari PKR dan calon BN, Datuk Lokman Noor Adam, yang masih belum mengetenga­hkan isu besar.

Malah, boleh dikatakan sehingga malam kelmarin, PKR lebih menumpukan kepada isu tempatan seperti banjir, tapak pembuangan sampah haram dan pembanguna­n setempat.

Sementara itu, kempen pasukan BN pula lebih bertumpu kepada isu nasional seperti dakwaan penutupan pusat tahfiz, penjelasan 1Malaysia Developmen­t Berhad (1MDB) dan kritikan terhadap manifesto Pakatan Harapan.

Program kempen paling besar sehingga ini hanyalah membabitka­n Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar di Dialog Bersama Pemimpin dan Belia, kelmarin.

Ceramah kelompok kecil

Di pihak BN pula membabitka­n Timbalan Presiden, Datuk Seri Mohamad Hassan, Naib Presiden Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Setiausaha Agong UMNO, Tan Sri Annuar Musa yang hadir pada Majlis Pengenalan Calon dan Penyerahan Anak Angkat Bahagian-bahagian Negeri Selangor, juga malam kelmarin.

Kempen kedua-dua calon lebih bertumpu kepada ceramah kelompok kecil dan program berjumpa pengundi secara bersemuka di pasar awam, surau dan lawatan ke rumah penduduk yang sakit.

PRK Sungai Kandis diadakan selepas kematian wakil rakyatnya, Mat Shuhaimi Shafiei, 50, pada 2 Julai lalu akibat kanser limfoma.

Pertembung­an tiga penjuru menanti pada PRK Sungai Kandis antara calon PKR, Mohd Zawawi Ahmad Mughni, Lokman yang mewakili BN, manakala K Murthy bertanding sebagai calon Bebas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia