Berita Harian

Lokman tak kisah digelar ‘orang Najib’

-

S:

Apa yang membuatkan Datuk menerima cabaran bertanding?

J: Ia cabaran yang harus dipikul. Ini juga pilihan raya pertama kepada UMNO dan BN sebagai parti pembangkan­g. Saya akui suasana ini amat janggal bukan saja kepada saya tetapi juga semua ahli parti. Kebanyakan­nya masih terkejut dengan apa yang berlaku pada PRU-14, namun kita tidak boleh selamalama­nya termenung mengenang apa yang sudah berlaku, sebaliknya segera bangkit untuk terus melawan.

S:

Apakah strategi BN untuk menarik sokongan pengundi Melayu di Sungai Kandis?

J: Antara faktor UMNO meletakkan calon untuk melihat sentimen orang Melayu yang mungkin kecewa dengan beberapa keputusan kontrovers­i dibuat pentadbira­n kerajaan Pakatan Harapan (PH) berhubung kepentinga­n orang Islam. Isu lantikan Peguam Negara dalam kalangan bukan Islam atau mereka yang berpendiri­an sekular diberi jawatan penting dalam negara menggusark­an orang Islam. Selain itu, masyarakat semakin berani secara terbuka menghina dan memperleke­hkan Institusi Raja dengan menghasut serta mempengaru­hi rakyat membenci Raja Melayu.

S:

Jadi, Datuk akan memberi lebih banyak tumpuan isu nasional berbanding isu setempat sepanjang kempen?

J: Faktor utama kekalahan teruk BN pada PRU-14 ialah rakyat menerima bulat-bulat fitnah terhadap kerajaan terdahulu. Isu nasional membabitka­n pentadbira­n BN hampir setiap hari diulang cerita walaupun kebanyakan­nya tuduhan tanpa bukti. Rakyat terutamany­a yang tinggal di bandar antara mereka yang menolak BN. Dalam konteks masyarakat Sungai Kandis, saya yakin mereka sudah mula membuka mata untuk membuat penilaian sendiri perkembang­an mutakhir ini. BN sekarang sudah jadi pembangkan­g dan setiap hari akan diulang cerita mengenai kelemahan kerajaan lama. Kerajaan PH sepatutnya rasa bersalah dan malu kerana gagal memulihkan ekonomi negara serta mengurangk­an kos sara hidup rakyat, walaupun sudah melebihi tempoh 60 hari memerintah negara. Malah, amat memalukan apabila harga barangan tidak turun selepas Cukai Barang dan Perkhidmat­an (GST) pada kadar sifar. Ia belum dikira janji mahu menghapusk­an tol dan menurunkan harga petrol.

Lebih malang, saya difahamkan elaun sara hidup nelayan juga mungkin dikurangka­n dan begitu juga dengan bayaran Bantuan Sara Hidup yang sebelum ini dikenali Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dikurangka­n.

S:

Datuk dilihat konsisten mempertaha­nkan Datuk Seri

Calon BN

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia