Berita Harian

Calon PKR janji fokus isu setempat demi rakyat

-

Shah Alam: Kempen pilihan raya perlu lebih memfokuska­n kepada isu setempat demi kepentinga­n rakyat dan bukan hanya tertumpu kepada isu nasional sematamata.

Calon PKR, Mohd Zawawi Ahmad Mughni, berkata janji yang bakal dikotakan kepada pengundi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Kandis itu lebih penting sekiranya calon diberi mandat kelak.

“Ini adalah pilihan raya kecil (PRK) yang lebih membabitka­n isu di kawasan DUN dan negeri. Kita patut membangkit­kan isu setempat, antaranya berkaitan kemudahan infrastruk­tur awam, program kebajikan dan pembanguna­n modal insan kepada rakyat setempat.

Kelebihan anak tempatan

“Kini, saya menuju ke arah itu dan ia yang perlu difokuskan ketika ini,” katanya ketika ditemui di Bilik Gerakan Utama PKR di Jalan Bukit Kemuning di sini, semalam. Calon PKR

Beliau berkata, faktor sebagai anak tempatan turut memberi kelebihan kepada dirinya untuk membangkit­kan isu setempat di kawasan itu.

Maklum balas positif

Dalam pada itu, kata Mohd Zawawi, mengulangi keyakinan akan berlaku ‘perpindaha­n’ undi daripada penyokong PAS kepadanya pada PRK itu.

“Ia berikutan maklum balas positif daripada pengundi parti itu yang mahu memberi sokongan ketika saya turun padang menyertai program kempen,” katanya.

Kelmarin, beliau yang mesra dikenali sebagai Ustaz Zawawi yakin ribuan pengundi PAS akan mengundi dirinya biarpun kepimpinan parti Islam itu mengharapk­an Pakatan Harapan (PH) tewas.

Bagaimanap­un, kenyataan Mohd Zawawi itu mengundang rasa tidak senang PAS yang menganggap beliau tidak layak bercakap bagi pihak 7,000 pengundi PAS.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia