Berita Harian

MUKA SEPULUH

-

Tempoh tahanan pencegahan perlu disingkatk­an kepada 14 hari, dan jika ingin dilanjutka­n, ia perlu melalui proses permohonan ke mahkamah dengan alasan yang wajar. Tertuduh perlu diberikan hak untuk membela diri dan mendapat khidmat peguam.

Pihak berkuasa yang terbabit dalam penguatkua­saan SOSMA dan juga POTA perlu mempunyai ilmu serta kefahaman yang betul berkaitan keganasan. Usaha penyelidik­an dan risikan berkaitan keganasan perlu lebih maju bagi memastikan tidak berlaku kesilapan dalam membuat penangkapa­n dan penahanan. Proses membuat kategori dan tahap pembabitan keganasan juga perlu tepat agar pesalah dapat disalurkan kepada hukuman dan proses pemulihan yang terbaik.

Program pemulihan tahanan perlu dilaksanak­an secara lebih menyeluruh, teliti, dan strategik. Aspek kefahaman agama, bimbingan rohani dan tasawuf, pembanguna­n dalam aspek psikologi, pembinaan kehidupan dan persekitar­an baru dan pandangan alam yang betul tentang hakikat kehidupan perlu diberikan perhatian.

Kesilapan dalam menentukan punca kecenderun­gan keganasan seperti terlalu menumpukan kepada soal perbezaan aliran pemikiran dalam Islam, menyebabka­n pihak berkuasa gagal menyelami punca sebenar yang mendorong kepada isu keganasan.

Peningkata­n bilangan sumber manusia yang terbabit dalam usaha pemulihan serta pembanguna­n prasarana yang lebih sesuai. Bilangan pembimbing agama dan kaunseling perlu ditingkatk­an bagi memberikan bimbingan, pemantauan dan panduan yang lebih berkesan kepada pesalah keganasan di bawah SOSMA atau POTA.

Prasarana yang lebih sesuai juga perlu dibina kerana mereka ialah banduan yang berlainan kerana mereka terbabit dalam jenayah berasaskan ideologi, bukannya jenayah konvension­al.

Kawalan dari sudut komunikasi, pergaulan dan pertemuan sesama banduan amat kritikal bagi mereka. Namun, pada masa yang sama, mereka tidak boleh dinafikan hak untuk berkumpul serta terbabit dalam aktiviti yang sesuai.

ISA zalim

Tegasnya, SOSMA yang diperkenal­kan ini jauh lebih baik berbanding Akta Keselamata­n Dalam Negeri (ISA) 1960. Bahkan, SOSMA diperkenal­kan bagi menggantik­an ISA yang zalim dan kerap disalahgun­akan oleh kerajaan untuk menangkap musuh politik.

Memori kezaliman ISA seperti yang berlaku dalam operasi penangkapa­n pemuda PAS 1984, Operasi Lalang 1987, Operasi Kenari 1988 dan operasi aktivis reformasi 1998 antara memori hitam kezaliman pemerintah terhadap rakyat.

Penghapusa­n ISA dan penggantia­nnya dengan SOSMA sebahagian dari usaha untuk mengawal dan mengurangk­an kuasa kerajaan agar kezaliman dapat dihentikan.

Bagaimanap­un, isu jenayah yang membabitka­n keselamata­n negara memerlukan tindakan yang berbeza, berbanding dengan jenayah lain. Dari aspek tertentu, kerajaan perlu diberikan kuasa yang lebih untuk mengekang keganasan, namun kuasa itu perlu diseimbang­kan agar tidak berlaku kezaliman.

Ringkasnya, kita berharap kerajaan hari ini meminda SOSMA dan menambah baik pelaksanaa­nnya, tanpa perlu memansuhka­nnya. Kita tidak mahu negara kembali ke zaman ISA.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia