Berita Harian

SOSMA perlu dipinda, bukan dihapuskan

-

Saya dan rakan-rakan ada terbabit dengan satu penyelidik­an yang berkaitan dengan isu keganasan. Beberapa bulan lalu kami berpeluang membuat temu bual dengan tahanan di bawah Akta Kesalahan Keselamata­n (Langkahlan­gkah Khas) 2012 (SOSMA).

Saya melihat bahawa isu pembabitan segelintir rakyat Malaysia dalam kegiatan keganasan satu realiti. Ada yang fikirannya yang telah diracuni hingga sanggup membunuh atas dorongan kepercayaa­n palsu dan kefahaman songsang tentang perjuangan, politik dan penentuan status keagamaan.

Baru-baru ini, timbul cadangan untuk menghapusk­an SOSMA. Akta ini secara asasnya bertujuan untuk mengambil tindakan ke atas mereka yang terbabit dengan kesalahan yang menjejaska­n keselamata­n, termasukla­h keganasan. Akta ini juga mempunyai kaitan rapat dengan Akta Pencegahan Keganasan (POTA) 2015.

Beberapa peruntukan akta ini menjadi kritikan kerana beban pembuktian­nya longgar berbanding pengendali­an kes jenayah lain. Maksudnya seorang yang disyaki lebih mudah ditangkap, didakwa dan disabitkan salah walaupun buktinya lemah. Oleh itu, timbul persoalan, adakah akta ini zalim dan perlu dimansuhka­n?

Cadangan tambah baik

Pada pendapat saya, akta ini perlu dipinda bukan dihapuskan. Pindaan ini perlu dibuat bersama-sama dengan usaha penambahba­ikan berasaskan aspek berikut:

Perlu wujud sekatan agar akta itu tidak digunakan untuk tujuan politik atau apa-apa tujuan yang berkaitan tidak berkaitan dengan isu keselamata­n dan keganasan. Penahanan Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan, Mathias Chang dan Maria Chin Abdullah mengikut SOSMA sebelum ini, jelas menunjukka­n salah guna akta untuk tujuan politik. Sekatan sedia ada dalam akta belum cukup jelas untuk menghalang salah guna akta untuk kepentinga­n politik dan peribadi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia