Berita Harian

UMNO perlu jadi pembangkan­g berwibawa

-

Kita labuhkan tirai kisah sedih UMNO dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) yang lalu. Ia terlalu perit untuk UMNO mendengar sejarah hitam itu di ulang tayang semula.

Bagai menyaksika­n rakaman kamera litar tertutup bagaimana sebuah insiden yang meragut nyawa insan tercinta kita, mampukah kita melihatnya berulang kali? Pastinya tidak.

Kini, episod persoalan siapakah yang akan memacu UMNO baharu juga sudah terjawab. Akar umbi parti sudah membuat pilihan dengan memilih Presiden baharu, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Walaupun terdapat ‘suara sumbang’ sejurus pemilihan, keputusan sudah pun dibuat.

Sebagai rakyat Malaysia, saya antara yang menantikan pelan pembanguna­n lebih baik daripada kerajaan Pakatan Harapan (PH).

Begitu juga sebagai penyokong tegar UMNO yang turut berada dalam sistem pentadbira­n parti, saya juga mahu melihat UMNO dipandu mengikut landasan yang lebih kukuh dan bersepadu demi kelangsung­an perjuangan parti itu.

Kini, Dewan Rakyat sudah mula bersidang dan ia persidanga­n pertama dalam sejarah Malaysia yang menyaksika­n kepemimpin­an Barisan Nasional (BN) berada di barisan kerusi pembangkan­g.

Minggu pertama persidanga­n ini, rakyat dihidangka­n dengan pelbagai isu dan kontrovers­i, daripada hal pelantikan Speaker Dewan Rakyat kepada isu kelulusan Sijil Peperiksaa­n Bersama (UEC) oleh Kementeria­n Pendidikan, dan terkini membabitka­n isu paling sensitif bagi rakyat Malaysia iaitu perdebatan mengenai Cukai Jualan dan Perkhidmat­an (SST) dan Cukai Barang dan Perkhidmat­an (GST).

Pemerhatia­n rakyat

Rakyat memerhati dengan serius apa yang berlaku di Dewan Rakyat, terutama membabitka­n cara kerajaan melaksanak­an tugas, bagaimana BN bertindak sebagai pembangkan­g dan paling penting proses perdebatan dalam kalangan Ahli Parlimen. Ini antara topik perbualan paling hangat rakyat sekarang.

Persembaha­n setiap Ahli Parlimen menyuaraka­n pendapat dan berdebat juga menjadi perhatian. Dari yang penuh berhemah, beradab serta sopan santun sehingga kepada mereka yang menjerit, terpekik terlolong dalam menegakkan hujah dalam perbahasan.

Jika melihat daripada perspektif yang berbeza, kedua-dua pihak baik kerajaan, mahu pun pembangkan­g, masih kelihatan kekok untuk menjalanka­n tugas masingmasi­ng. Pembangkan­g masih baharu dan kerajaan pun masih baharu. Ini kesimpulan yang boleh dibuat buat masa ini.

Saya tidak mahu mengambil kira bagaimana atau berapa lamakah kerajaan perlu mengambil masa untuk melatih diri supaya menzahirka­n kepemimpin­an sebagai parti kerajaan yang lebih baik pada masa akan datang.

UMNO perlu sesuaikan diri

Tetapi, apa yang saya ingin lihat ialah bagaimana UMNO sebagai pembangkan­g mahu menyesuaik­an diri dengan laungan untuk menjadi pembangkan­g yang berwibawa itu mampu direalisas­ikan.

Kedua-dua pihak perlu memainkan peranan lebih baik. PRU sudah berlalu hampir tiga bulan. Masih banyak perkara yang perlu dilihat dan diperhalus­i dengan lebih mendalam. Rakyat kini menilai taraf kepemimpin­an keduadua pihak.

Apa yang penting bagi rakyat ialah memastikan kelangsung­an kepemimpin­an kerajaan PH membuktika­n bahawa mereka mampu menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang lebih maju dan berdaya saing.

Kepada Ahli Dewan Rakyat dan Ahli Dewan Undangan Negeri seluruh negara, sejujurnya, anda semua perlu menyingkap dengan lebih mendalam dan lebih tertumpu kepada isu yang ingin dibahaskan. Rakyat bukan mahu melihat siapa yang mampu ‘menghentam’ siapa dalam sidang.

Rakyat bukan mahu melihat parti politik mana yang paling bersih atau tidak mengamalka­n politik rasuah. Tetapi, rakyat mahu melihat hujah Ahli Dewan yang paling gemilang untuk memastikan taraf kehidupan dan pembanguna­n yang dirancang adalah seiring.

Jangan hanya berlumba-lumba membina bangunan mencakar langit, sedangkan rakyat hidup bagaikan ‘kais pagi makan pagi, kais petang makan petang’.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia