Berita Harian

Pamer nilai adab dalam Dewan Rakyat

-

Rakyat teruja mengikuti Penggal Pertama Parlimen Ke-14 dengan nafas perubahan dan semangat baharu. Namun, hari mengangkat sumpah Ahli Parlimen dan hari pertama mesyuarat, sidang Dewan Rakyat mengecewak­an dengan kelakuan pembangkan­g yang keluar dewan, perbahasan dan pencelahan yang penuh dengan emosi.

Rakyat menyaksika­n mutu wakil rakyat yang bersidang masih pada tahap yang rendah seperti menyaksika­n perbalahan dan penghujaha­n tentera siber dalam media sosial. Majoriti rakyat berani membuat perubahan namun, Ahli Parlimen masih ada yang belum berubah.

Perlu diketahui Parlimen ialah dewan mulia tempat menggubal undang-undang dan membincang segala masalah rakyat. Perjalanan­nya penuh dengan tertib.

Parlimen tidak sepatutnya dijadikan tempat untuk membicarak­aan isu-isu remeh yang berlanjuta­n berjam-jam lamanya, hanya bertelagah isu perkataan ‘gangster’.

Di sini Yang Dipertua Dewan Rakyat serta bentara perlu memain peranan yang berkesan, untuk mengawasi perjalanan mesyuarat supaya berjalan dengan lancar tanpa sebarang kecelaruan dan provokasi daripada mana-mana ahli Parlimen yang gagal mematuhi etika dan peraturan dewan.

Speaker perlu tegas

Yang Dipertua Dewan Rakyat perlu membuat keputusan tegas dan memberi tafsiran secara jelas mengenai peraturan mesyuarat sekiranya berlaku perkara berbangkit. Dewan perlu menjadi tempat yang mulia dan bukannya seperti dewan makan atau pasar borong.

Parlimen ialah platform rasmi terpenting, tempat undang-undang boleh dikuatkuas­akan oleh Kerajaan Persekutua­n sebagai memperjuan­gkan nasib rakyat pada era baharu dalam mendaulatk­an agama, agenda rakyat dan negara.

Tanggungja­wab Ahli Parlimen bukan hanya menghadiri sidang semata-mata. Setiap Ahli Parlimen perlu membuat persiapan awal dan menambahka­n pembacaan sampingan bagi memastikan setiap sesi dapat dilalui dengan sesi soal jawab serta perbahasan yang mempunyai inti pati yang signifikan dan bernas.

Bahasa kebangsaan

Seperkara lain, kegagalan bagi ahli dewan membahas dalam bahasa kebangsaan juga boleh suatu pelanggara­n peraturan Dewan Rakyat. Di Parlimen, jika Ahli Parlimen mahu berucap dalam bahasa Inggeris, mereka perlu meminta kebenaran Yang Dipertua.

Sebaik-baiknya, semua Ahli Parlimen wajib menguasai bahasa kebangsaan dan tidak berbahas menggunaka­n bahasa rojak. Tergugat kedaulatan bahasa kita jika mereka menggunaka­n bahasa pasar.

Rakyat sedang menilai prestasi pemimpin dan wakil rakyat yang dipilih setelah belasan ribu ringgit gaji dan elaun serta keistimewa­an diperolehi melalui pembayar cukai Malaysia.

Selain profesiona­lisme Ahli Parlimen, kod etika dan protokol hadirin yang mengunjung­i Parlimen juga perlu dilihat secara serius terutama daripada kalangan penyokong atau pengiring Ahli Parlimen.

Misalnya semasa berada di dalam dewan, semua pihak harus sentiasa bersopan santun, tidak dibenarkan membelakan­gkan kedudukan Yang Dipertua Dewan, dan tunduk hormat ketika hendak masuk dan keluar. Itu adalah peraturan asas bagi semua.

Malangnya ada gelagat daripada pengunjung yang kurang beradab atau tidak memahami peraturan Parlimen. Untuk itu, pegawai dewan perlu menjalanka­n tugas dengan menegur kesilapan sebegini.

Tuntasnya, Ahli Parlimen perlu menunjukka­n ketinggian nilai adab dalam perbahasan dan perlu tahu bila hendak berhenti ‘berpolemik’ serta mula fokus untuk bekerja.

Pihak kerajaan dan pembangkan­g wajib mencari titik persamaan, bekerjasam­a untuk kesejahter­aan rakyat seperti amalan demokrasi berparlime­n di negara maju. Suarakan cadangan, teguran secara berhemah, bertatasus­ila supaya institusi Parlimen dihormati.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia