Berita Harian

Wan Azizah kekal jawatan PH jika Anwar Presiden PKR

Ahli Parlimen Pandan sahkan tak terkesan tidak tanding pemilihan parti

- Oleh Ahmad Suhael Adnan

Jawatan Presiden Pakatan Harapan (PH) akan kekal disandang Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, jika suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim menang jawatan Presiden PKR pada pemilihan parti itu, akhir bulan ini.

Perkara itu disahkan Dr Wan Azizah ketika ditemui pemberita di lobi Parlimen, semalam.

Ahli Parlimen Pandan itu berkata, beliau tidak akan terkesan jika tidak merebut jawatan Presiden PKR kerana masih memiliki jawatan dalam PH serta kekal sebagai Timbalan Perdana Menteri.

“Tak apa (kedudukan dalam PKR jika tidak bertanding jawatan Presiden).

Jawatan dalam PH diterus

“Tak ada apa-apa dengan kedudukan saya sebab kita berasakan bahawa dalam PH, memang jawatan saya tetap akan diteruskan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai kedudukan serta jawatan yang bakal disandang dalam PKR sekiranya tidak merebut jawatan Presiden pada pemilihan parti itu.

Sebelum ini, Anwar yang juga Ketua Umum PKR memutuskan akan bertanding jawatan Presiden selepas berbincang dengan Dr Wan Azizah dan barisan pimpinan parti, serta mengambil kira pandangan akar umbi.

Ditanya mengenai status jawatan Ketua Umum dalam parti itu, Dr Wan Azizah berkata, perkara itu belum dibincangk­an dan akan diumumkan kemudian.

Beliau turut mengesahka­n belum ada usul daripada manamana cabang PKR untuk membincang­kan sama ada jawatan Ketua Umum perlu dikekal atau dimansuhka­n daripada struktur kepemimpin­an parti.

“Belum lagi ada perbincang­an. Kalau ada perbincang­an, kita akan umumkan. Jawatan Ketua Umum itu memang tidak ada dalam struktur parti,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia