Berita Harian

‘Kembalikan penginapan percuma jemaah haji’

-

Kuala Lumpur: Wanita UMNO menuntut Tabung Haji (TH) kembali memberikan perkhidmat­an penginapan percuma kepada bakal jemaah haji yang transit di Sepang pada musim haji kali ini.

Ketuanya, Datuk Dr Noraini Ahmad, berkata ini kali pertama dalam sejarah, penginapan percuma kepada jemaah haji dimansuhka­n dan bayaran mahal dikenakan kepada jemaah yang ingin menginap di Movenpick Hotel and Convention Centre (MHCC), Sepang.

“Wanita UMNO berpandang­an, bakal jemaah haji selaku pendeposit dan pemegang saham Tabung Haji wajar mendapat layanan terbaik, terutama dalam pemberian penginapan percuma sebelum berlepas ke Tanah Suci.

Jaga kebajikan jemaah haji

“Ia sudah dilaksanak­an oleh TH lebih 33 tahun yang lalu. TH sebagai agensi utama yang dipertangg­ungjawabka­n dan diamanahka­n mengelola urusan haji di Malaysia wajar menjaga kebajikan jemaah haji, terutama yang datang jauh dari seluruh pelosok Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Pada 13 Julai lalu, Pengarah Operasi TH, Datuk Syed Salleh Syed Abd Rahman dilaporkan berkata keputusan memansuhka­n perkhidmat­an itu dibuat sebulat suara jawatankua­sa yang bertanggun­gjawab di TH.

Syed Salleh menjelaska­n, untuk mengubah keputusan itu, ia memerlukan persetujua­n daripada jawatankua­sa yang sama.

Noraini berkata, TH tidak wajar mengambil keuntungan daripada jemaah haji yang perlukan penginapan sebelum ke Tanah Suci.

Keputusan TH itu mengakibat­kan jemaah haji transit perlu mengeluark­an kos sendiri bagi penginapan mereka sedangkan tidak semua jemaah haji terdiri daripada golongan berkemampu­an.

“Tidak semua jemaah haji mampu membayar kos penginapan yang mahal itu.

Menteri dan pengurusan TH yang baharu ini perlu segera mengubah keputusan itu dan memberikan penginapan percuma di semua pusat pelepasan haji di seluruh negara,” katanya.

Lambaian Kaabah Ms. 21

 ??  ?? Movenpick Hotel and Convention Centre (MHCC), Sepang yang dijadikan pusat pelepasan jemaah haji tahun ini.
Movenpick Hotel and Convention Centre (MHCC), Sepang yang dijadikan pusat pelepasan jemaah haji tahun ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia