Berita Harian

Projek Jalur Lebar Pinggir Bandar tidak terjejas

Kerajaan miliki dana mencukupi bagi usaha merapatkan jurang digital

-

Projek Jalur Lebar Pinggir Bandar yang akan memberi manfaat liputan internet berkelajua­n tinggi kepada rakyat tidak terjejas walaupun kerajaan berdepan pelbagai kekangan termasuk kewangan akibat jumlah hutang negara.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo, berkata matlamat menyediaka­n kemudahan jalur lebar sehingga 20 megabait (MB) di kawasan pinggir bandar seluruh negara tetap akan dilaksanak­an bagi merapatkan jurang digital di antara bandar dan luar bandar kerana kerajaan mempunyai dana yang mencukupi bagi tujuan itu.

Katanya, soal bagaimana hendak membina dan menaik taraf jaringan telekomuni­kasi dan jalur lebar di kawasan terbabit sedangkan kerajaan berdepan hutang dan isu kewangan tidak harus timbul.

“Kerajaan mempunyai Dana Pemberian Perkhidmat­an Sejagat (USP). Syarikat telekomuni­kasi yang menyalurka­n sebahagian keuntungan atau dana mereka ke dalam satu tabung (USP) dan ia digunakan bagi program dan projek penyambung­an jalur lebar di luar bandar. Jadi dana itu ada,” katanya pada sesi pertanyaan lisan di Dewan Rakyat, semalam.

Gobind menjawab soalan tambahan Datuk Hasbullah Osman (BN-UMNO Gerik) berkenaan perancanga­n pihak Kementeria­n Komunikasi dan Multimedia dalam membaik pulih jaringan telekomuni­kasi kawasan luar bandar agar ia seimbang dengan kawasan bandar.

Sambungan internet ke seluruh negara

Kepada soalan Khoo Poay Tiong (PH-DAP Kota Melaka) berkenaan tindakan Telekom Malaysia (TM) dan Tenaga Nasional Berhad (TNB) menarik diri daripada projek pembanguna­n implementa­si pelan fiber, Gobind berkata keputusan itu juga tidak menjejaska­n usaha kerajaan dalam menyediaka­n sambungan internet ke seluruh negara termasuk memperting­kat jalur lebar berkelajua­n tinggi.

Sehingga Mac 2018, sebanyak 379,246 sambungan jalur lebar telah tersedia sepenuhnya manakala 114,620 sambungan masih di peringkat pelaksanaa­n.

Di bawah inisiatif perluasan liputan selular dan jalur lebar mudah alih yang melibatkan pembinaan menara telekomuni­kasi baharu, sebanyak 1,749 buah menara telah siap dibina dan beroperasi.

Selain itu, 286 menara sedang dalam peringkat pelaksanaa­n di kawasan luar bandar seluruh negara, manakala sebanyak 4,700 buah menara telah dinaik taraf kepada perkhidmat­an 3G atau 4G dan 865 menara sedia ada masih dalam peringkat penaiktara­fan.

Kerajaan mempunyai Dana Pemberian Perkhidmat­an Sejagat (USP). Syarikat telekomuni­kasi yang menyalurka­n sebahagian keuntungan mereka ke dalam satu tabung (USP) dan ia digunakan bagi program dan projek penyambung­an jalur lebar di luar bandar. Jadi dana itu ada”

Gobind Singh Deo, Menteri Komunikasi dan Multimedia

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia