Berita Harian

Tak cukup korum, sidang terpaksa ditangguh 10 minit

-

Kuala Lumpur: Sehari selepas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menyatakan rasa tidak puas hati dengan kehadiran menteri dan timbalan menteri di Parlimen, persidanga­n Dewan Rakyat semalam terpaksa ditangguhk­an selama 10 minit kerana tidak cukup korum.

Sebaik Dewan Rakyat disambung semula selepas rehat tengah hari, Datuk Alexander Nanta Linggi (Pbb-kapit) bangun menggunaka­n Peraturan Mesyuarat membangkit­kan mengenai mesyuarat tidak cukup korum.

Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Mohamad Ariff Md Yusof kemudian mengarahka­n persidanga­n itu ditangguhk­an selama 10 minit sehingga korum mencukupi untuk meneruskan persidanga­n sesi petang.

Datuk Ismail Mohd Said (BNUMNO Kuala Krau) secara berseloroh menegur penyokong kerajaan: “Apa la... baru PM tegur semalam,” katanya.

Dewan Rakyat kemudian disambung semula dengan kehadiran 35 Ahli Parlimen.

Kelmarin, Dr Mahathir berkata beliau tidak berpuas hati dengan tahap kehadiran menteri dan timbalan menteri di Parlimen.

Bagaimanap­un, beliau tidak bercadang menetapkan indeks prestasi utama (KPI) untuk mengukur prestasi menteri dan timbalan menteri menjalanka­n tugas di Parlimen.

Syor potong elaun

Sementara itu, ahli politik veteran, Tan Sri Dr Rais Yatim, berkata Ahli Parlimen yang ‘liat’ hadir sidang Dewan Rakyat wajar dikenakan tindakan pemotongan elaun, selain nama disiarkan kepada umum.

Menulis di akaun Twitternya, beliau mencadangk­an pemotongan elaun Ahli Parlimen itu mengikut kadar Jawatankua­sa Pilihan Dewan.

“Cara terbaik adalah potong elaun mereka dan siarkan nama anggota yang malas hadir dalam akhbar atau media sosial,” katanya.

Beberapa Ahli Parlimen kerajaan dan pembangkan­g pula memberi alasan berada dalam Bangunan Parlimen tetapi tidak tahu bilangan tidak cukup sehingga persidanga­n ditangguhk­an 10 minit.

Datuk Azizah Mohd Dun (BNUMNO Beaufort) berkata, beliau sedang bersiap memulakan sesi sidang sebelah petang sebaik sahaja loceng pertama dibunyikan.

“Saya tidak tahu pula waktu itu tidak cukup korum sehingga loceng kedua dibunyikan dan saya terus bergegas memasuki dewan,” katanya ketika ditemui semalam.

Datuk Johari Abdul (PH-PKR Sungai Petani) pula berkata, mereka sedang mengadakan taklimat ringkas pada waktu rehat dan menyedari bunyi loceng kedua.

“Selepas itu, kami berjalan menuju ke dewan yang mungkin mengambil masa kira-kira enam minit,” katanya.

Khairy Jamaluddin Abu Bakar (BN-UMNO Rembau) mengakui tiada pada waktu itu dan mengingatk­an semua wakil rakyat supaya lebih beringat selepas ini.

 ??  ?? Keratan akhbar BH semalam.
Keratan akhbar BH semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia