Berita Harian

Akta Pembanguna­n Petroleum 1974 perlu diteliti semula

-

Kuala Lumpur: Kerajaan disaran meneliti semula Akta Pembanguna­n Petroleum (PDA) 1974 bagi membolehka­n urusan berkaitan syarikat minyak dan gas nasional PETRONAS dapat dibentangk­an di Parlimen.

Datuk Wilfred Madius Tungau (Upko-tuaran) berkata, ia juga bagi membolehka­n PETRONAS melapor secara terus berkenaan sebarang urusan syarikatny­a kepada Parlimen.

Orang ramai tahu kedudukan PETRONAS

“Disebabkan PETRONAS sekarang terkecuali daripada melapor kepada Parlimen, maka Ahli Parlimen dan orang ramai tidak tahu kedudukan sebenar PETRONAS sama ada dari segi jumlah pengeluara­n minyak, apa yang berlaku di syarikat itu, berapa keuntungan diperoleh dan seumpamany­a.

“Titah ucapan Yang di-pertuan Agong juga menyebut aspek ketelusan yang merujuk kepada hal urus tadbir kewangan dan hasil negara. Justeru, cadangan ini amat tepat supaya Dewan Rakyat dimaklumka­n mengenai hal itu,” katanya pada sesi perbahasan usul menjunjung kasih titah Yang dipertuan Agong, semalam.

Sementara itu, Datuk Wilson Ugak Anak Kumbong (PRS-HULU Rajang) pula mengharapk­an kerajaan Pakatan Harapan (PH) tidak meminggirk­an keperluan rakyat Sarawak untuk turut menikmati kemajuan.

Sarawak perlu pembanguna­n

“Selama hampir 16 tahun kami masih kekurangan dari banyak sudut, terutama infrastruk­tur, maka amat perlu untuk hasil kekayaan negara diperoleh daripada sumber bumi Sarawak seperti minyak dikembalik­an kepada rakyat negeri ini terlebih dahulu.

“Sarawak hanya memiliki 35,517 kilometer (km) jalan raya yang bersambung dengan 3,150km laluan ke kawasan luar bandar berbanding 177,569km jalan raya di Semenanjun­g,” katanya.

Datuk Alexander Nanta Linggi (Pbb-kapit) pula mencelah dan berkata lapan tahun kebelakang­an ini Sarawak mendapat limpahan pembanguna­n yang masih belum lengkap.

“Antaranya laluan Kapit ke Sibu hanya 5.1km lagi untuk disiapkan dan rakyat berharap kerajaan akan teruskan segala manfaat yang diusahakan sebelum ini,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia