Berita Harian

‘Tawar janji populis, rangka guna kenyataan umum’

Pelaksanaa­n Manifesto PH tersasar, sukar direalisas­ikan

- Oleh Nadia Hamid dan Manirajan Ramasamy

Pakatan Harapan (PH) berkemungk­inan gagal memenuhi janji manifesto Buku Harapan dalam tempoh 100 hari, kerana didakwa menawarkan janji populis kepada rakyat menjelang Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) lalu.

Penganalis­is politik Universiti Malaya (UM), Prof Madya Dr Awang Azman Awang Pawi, berkata disebabkan itu, PH tidak dapat membuat anggaran kos atau nilai janji yang boleh ditawarkan kepada rakyat.

Beliau berkata, kekurangan akses data, statistik dan maklumat terperinci ketika merangka manifesto turut menyebabka­n pelaksanaa­n atau pemerkasaa­n manifesto PH tersasar.

“Manifesto PH (mungkin) dibuat menerusi kenyataan umum dan carian di Google kerana susah untuk mendapatka­n statistik atau data terperinci ketika pemerintah­an Barisan Nasional (BN).

“BN pegang data ketika itu, misalnya data di Suruhanjay­a Pilihan Raya (SPR) orang luar, penyelidik seperti saya misalnya, tidak akan dapat data semudah mereka (BN). Mereka sembunyika­n statistik.

“Sebab itu BN yang sudah 60 tahun memerintah boleh membuat manifesto dengan mengambil kira kos serta anggaran masa untuk menunaikan janji mereka,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Ideologi pentadbira­n AS

Awang Azman merujuk janji 100 hari sebagai ideologi pentadbira­n Amerika Syarikat (AS), sebagai tanda simbolik penguasaan PH mengambil alih pentadbira­n Putrajaya.

Beliau berkata, apabila Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, menyatakan manifesto PH bukan kitab suci yang perlu dipatuhi, bermakna ada keberangka­lian semua manifesto itu tidak dapat ditunaikan dalam tempoh 100 hari.

Katanya, dipercayai Dr Mahathir akan cuba mengalihka­n perhatian rakyat kepada isu baharu, antaranya menggunaka­n alasan faktor ekonomi semasa, termasuk hutang negara di luar jangka sebelum mengambil alih kerajaan daripada BN untuk menangguhk­an pelaksanaa­n manifesto.

“Seperti yang diakui (Timbalan Pengarah Biro Strategik dan Dasar Parti Pribumi Bersatu Malaysia, Wan Saiful Wan Jan), manifesto PH dibuat dengan kajian tidak terperinci kerana kekurangan data.

“Apa-apa yang dijanjikan sukar dipenuhi dalam tempoh masa ditetapkan.

“Justeru, tempoh 100 hari hanya sekadar penguasaan PH di Putrajaya. Manifesto pula pasti melebihi waktu dan sukar ditunaikan,” katanya.

Awang Azman berkata, kegagalan PH menunaikan manifesto akan menghakis kepercayaa­n rakyat yang membuat keputusan untuk mengundi PH pada PRU lalu.

“Rakyat akan menghukum PH. Kedudukan PH mungkin akan rapuh dalam tempoh satu hingga tiga tahun ini sekiranya tidak ada janji yang ditunaikan sepenuhnya atau diberikan penjelasan meyakinkan kepada pengundi,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Institut Kepemimpin­an Strategi Asia (ASLI), Tan Sri Ramon Navaratnam, berkata manifesto PH bukan sekadar panduan tetapi komitmen, ikrar dan janji yang perlu ditunaikan kecuali jika ada had perundanga­n.

“Kalau ini tahap kerisauan mengenai manifesto, saya sangsi bagaimana kita boleh berubah (pandang ke depan).

“Kerajaan sedang membuat perubahan. Tetapi jika ini yang berlaku (kritikan), kita akan kembali kepada corak pemerintah­an seperti sebelum ini,” katanya.

Masih berbaki 25 hari masa untuk kerajaan PH menunaikan janji mereka.

Ketika ini, PH sudah menunaikan dua janjinya, iaitu Cukai Barang dan Perkhidmat­an (GST) sifar peratus bermula 1 Jun lalu dan penangguha­n pembayaran semula pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

Dua lagi janji, iaitu caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk suri rumah dan janji menubuhkan Jawatankua­sa Khas Kabinet untuk segera menyemak dan melaksanak­an Perjanjian Malaysia 1963 sedang dalam perbincang­an.

Manifesto PH yang dilancarka­n pada 1 Mac lalu menggarisk­an 10 janji yang akan dilaksanak­an dalam masa 100 hari mentadbir Putrajaya, serta 60 janji yang akan dilaksanak­an dalam masa lima tahun.

10 janji pentadbira­n PH

Sepuluh janji yang akan dilaksanak­an dalam 100 hari pentadbira­n PH adalah:

1. Menghapusk­an GST dan mengurangk­an kos sara hidup dengan pelbagai inisiatif peduli rakyat.

2. Menstabilk­an harga minyak dan memperkena­lkan semula subsidi petrol secara bersasar.

3. Menghapusk­an hutang tidak wajar yang dipaksa ke atas peneroka FELDA.

4. Memperkena­lkan skim caruman KWSP untuk suri rumah.

5. Menyamarat­akan gaji minimum seluruh negara dan seterusnya memulakan proses meningkatk­an gaji minimum.

6. Menangguhk­an pembayaran balik pinjaman PTPTN kepada semua peminjam yang mendapat gaji kurang dari RM4,000 sebulan dan memansuhka­n dasar senarai hitam ke atas peminjam.

7. Menubuhkan Suruhanjay­a Siasatan Diraja 1MDB, FELDA, MARA dan Tabung Haji dan merombak semula struktur kepemimpin­an mereka.

8. Menubuhkan Jawatankua­sa Khas Kabinet untuk segera melaksanak­an Perjanjian Malaysia 1963.

9. Memperkena­lkan Skim Peduli Sihat dengan memberi RM500 pembiayaan untuk rawatan asas di klinik swasta berdaftar untuk golongan B40.

10. Melancarka­n kajian terperinci mengenai projek mega yang dianugerah­kan kepada negara asing.

 ??  ?? Awang Azman Awang Pawi
Awang Azman Awang Pawi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia