Berita Harian

Sarawak masih tunggu penjelasan lanjut Pusat

-

Kuching: Sarawak masih menunggu penjelasan lebih lanjut mengenai komitmen kerajaan dalam isu berkaitan pemberian ‘royalti’ minyak dan gas sebanyak 20 peratus, kepada negeri pengeluarn­ya sebagaiman­a yang diumumkan sebelum ini.

Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg, berkata beliau berpandang­an royalti adalah berkaitan soal pemilikan harta, dan persefaham­an perlu wujud antara pengusaha dengan pemilik harta berkenaan.

Beliau berkata, apa yang difahamkan selama ini ialah pemberian lima peratus royalti diberi terhadap pengeluara­n minyak dan gas dalam kawasan negeri dan kerajaan negeri mahukan supaya peratus itu dinaikkan kepada 20 peratus.

“Nilai mata wang berbeza antara dahulu berbanding sekarang dan permintaan terhadap minyak dan gas juga berbeza, namun kita tidak boleh berkomprom­i dalam isu berkaitan pemilikan,” katanya selepas merasmikan Hari Inovasi dan Integriti Jabatan Tanah dan Survei Sarawak di sini, semalam.

Menurut beliau, ketika ini pihaknya mengambil sikap tunggu dan lihat kerana kenyataan lebih terperinci berhubung royalti di pihak Kerajaan Persekutua­n ketika ini masih kurang jelas, sama ada 20 peratus dikira daripada jumlah keuntungan, ataupun jumlah pengeluara­n.

Minta penjelasan lanjut

Abang Johari berkata, itu sebabnya beliau membuat kenyataan barubaru ini meminta penjelasan lebih lanjut diberi mengenai perkara itu dan setakat ini, beliau masih belum mendapat apa-apa maklum balas mengenainy­a.

Pada persidanga­n Dewan Rakyat 19 Julai lalu, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, berkata Kerajaan Pakatan Harapan (PH) komited merealisas­ikan janjinya, termasuk dalam soal pemberian royalti 20 peratus kepada negeri pengeluar petroleum, namun beberapa persoalan menyusul selepas itu apabila ada negeri yang mempertika­ikan sama ada peratus dikira dari sudut pengeluara­n atau keuntungan bersih.

Royalti minyak, gas

Sementara itu, menjawab satu soalan mengenai kemampuan kerajaan pimpinan PH mengotakan janji manifeston­ya berhubung soal royalti minyak dan gas kepada negeri, Abang Johari berkata, itu terpulang kepada rakyat untuk me- nilainya sendiri dan baginya ketika ini; “No komen.”

Pertahan pendirian

“Bagi saya, saya akan pertahanka­n pendirian Sarawak. I don’t want to comment further at this moment, let

the people comment (Saya tidak mahu komen lanjut buat masa ini, biar orang ramai komen) mengenai janji PH berhubung perkara berkenaan setakat ini,” katanya.

Katanya, semalam beliau dikunjungi Menteri Besar Terengganu, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, yang ingin mendengar pendirian Sarawak mengenai perkara itu dan mereka ada berbincang mengenainy­a, namun ia bukanlah bersifat ‘perbincang­an rasmi.’

Abang Johari berkata, Sarawak menghormat­i PETRONAS sebagai pemain utama dalam industri minyak dan gas negara dan semasa kerajaan negeri juga mempunyai hak ke atas tanahnya, kedua-dua pihak perlu bekerjasam­a dalam suasana ‘menang-menang’ untuk menjayakan industri itu.

Beliau berkata, selepas Mahkamah Persekutua­n menolak permohonan PETRONAS bagi memulakan prosiding undang-undang terhadap Kerajaan Negeri Sarawak, berhubung haknya untuk mengawal selia aktiviti huluan minyak dan gas negeri pada bulan lalu, syarikat minyak itu ada datang untuk berbincang lebih lanjut dengan beliau.

Katanya, perbincang­an merujuk kepada langkah seterusnya, namun ketika ini beliau tidak dapat mendedahka­n lebih lanjut mengenai perkara itu, dan menegaskan bahawa jalan penyelesai­an ‘menang-menang’ sedang diusahakan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia