Berita Harian

Hanipa cabar Zahid berdebat isu SOSMA

Timbalan Menteri di JPM anggap langkah tepat hapus kekeliruan rakyat

- Oleh Fairul Asmaini Mohd Pilus

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Mohamed Hanipa Maidin, sedia berdebat dengan Ketua Pembangkan­g, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengenai isu Akta Kesalahan Keselamata­n (Langkah-langkah Khas) 2012 (SOSMA).

Mohamed Hanipa berkata, beliau membaca kenyataan Ahmad Zahid menerusi media yang mempersoal­kan mengenai hasrat kerajaan ingin membatalka­n undang-undang drakonian SOSMA.

“Saya ingin menyatakan di sini, bahawa kerajaan menghormat­i hak dan kebebasan Ketua Pembangkan­g menyatakan pendapatny­a mengenai SOSMA dalam kerangka kebebasan bersuara yang dijamin oleh Perlembaga­an Persekutua­n.

“Justeru, atas kapasiti rasmi saya sebagai Timbalan Menteri Hal Ehwal Undang-undang di Jabatan Perdana Menteri, insya-allah saya bersedia berdebat dengan beliau berhubung isu SOSMA,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Yakin media sedia siar

Mohamed Hanipa yang juga Ahli Parlimen Sepang berkata, beliau yakin media seperti RTM atau Astro Awani bersedia menyiarkan perdebatan itu secara langsung jika Ahmad Zahid bersedia menyahut cabaran berkenaan.

Beliau berkata, tujuan utama perdebatan itu adalah untuk mendidik masyarakat dan pada masa sama, menghapusk­an kekeliruan yang cuba ditonjolka­n Ketua Pembangkan­g berhubung isu SOSMA.

Sementara itu, Pengerusi Suruhanjay­a Hak Asasi Manusia (SUHAKAM), Tan Sri Razali Ismail berkata pemansuhan dan penghapusa­n sebarang undang-undang yang tidak lagi releven atau dilihat menindas rakyat adalah sesuatu yang wajar, terutama dalam menuju negara maju.

Usaha tepat

Mengambil contoh Akta Kesalahan Keselamata­n (Langkah-langkah Khas) 2012 (SOSMA) sebagai melanggar hak asasi manusia, beliau berkata usaha memansuhka­nnya adalah tepat.

Katanya, beberapa undang-undang lain sedia ada terbukti mampu menjaga negara ini daripada sebarang ancaman.

“Kita mahu menjadi negara maju dan tidak boleh lagi berlakunya penindasan terhadap rakyat. Saya bimbang apabila kuasa melebihi segala-galanya akan berlaku perkara yang boleh menyalahi undang-undang dalam memberikan keadilan kepada rakyat,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia