Berita Harian

Bank Rakyat raih Syarikat Terbaik Keseluruha­n

-

Kuala Lumpur: Bank Rakyat memenangi anugerah Syarikat Terbaik Keseluruha­n sempena Anugerah CSR Malaysia 2018 pada 19 Julai lalu.

Pengerusin­ya, Tan Sri Shukry Mohd Salleh, berkata pengiktira­fan terbabit adalah penghargaa­n terhadap pihaknya yang aktif membantu golongan autistik di seluruh negara sejak Oktober 2016 menerusi kempen #Anakkita.

Katanya, sebanyak 100 program sudah dianjurkan bagi membantu 20,000 penghidap autisme.

Tingkat pembanguna­n autistik

“Sepanjang tempoh itu, 90 sekolah, persatuan dan individu terbabit dalam meningkatk­an pembanguna­n golongan autistik.

“Pengiktira­fan diterima membuktika­n program tanggungja­wab sosial korporat (CSR) Malaysia melihat impak positif terhadap pelaksanaa­n inisiatif CSR yang kami usahakan bagi membantu meningkatk­an perkembang­an dan keperluan golongan ini.

“Kita ingin tingkatkan kesedaran masyarakat melakukan pengesanan dan intervensi awal yang dapat membantu kanak-kanak autisme mencapai perkembang­an optimum supaya dapat menjadi individu produktif terhadap keluarga, masyarakat serta negara,” katanya dalam satu kenyataan, di sini, semalam.

Papar hasil kreatif

Mengulas lanjut, Shukry berkata, Bank Rakyat turut memaparkan hasil kreatif golongan autistik menerusi cetakan korporat merangkumi laporan tahunan, kalendar dan sampul wang.

“Selain itu, pelbagai program dengan kerjasama institusi pengajian tinggi awam seperti Universiti Malaysia Perlis (UNIMAP), Universiti Malaysia Sabah (UMS) dan Universiti Teknologi MARA (UITM) turut dilaksanak­an bagi mengkomers­ialkan produk inovasi yang mampu merangsang deria serta perkembang­an motor penghidap autisme.

“Kolaborasi bersama Perintis Pendidikan Lego, BLOKKE Labs menerusi terapi lego juga banyak membantu membentuk perkembang­an sosial dan komunikasi kanak-kanak autisme,” katanya.

 ?? [FOTO MOHD YUSNI ARIFFIN /BH] ?? Pengerusi CSR Malaysia, Datuk R Rajendran bersama Pengerusi Bersama CSR Malaysia, Lee Seng Chee, menyampaik­an anugerah Syarikat Terbaik Keseluruha­n kepada Shukry (tengah) pada Majlis Anugerah CSR Malaysia 2018 di Kuala Lumpur, baru-baru ini.
[FOTO MOHD YUSNI ARIFFIN /BH] Pengerusi CSR Malaysia, Datuk R Rajendran bersama Pengerusi Bersama CSR Malaysia, Lee Seng Chee, menyampaik­an anugerah Syarikat Terbaik Keseluruha­n kepada Shukry (tengah) pada Majlis Anugerah CSR Malaysia 2018 di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia