Berita Harian

PM wajar campur tangan isu PIP Pulau Pinang

-

Georgetown: Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Majlis Penasihat Kerajaan (CEP) digesa campur tangan dan mengkaji semula keseluruha­n Pelan Induk Pengangkut­an (PIP) Pulau Pinang.

Penasihat Citizen Awareness Chant Group (Chant), Yan Lee, berkata ia perlu sebelum sebarang pelaksanaa­n projek dirangka menerusi PIP dilakukan di Pulau Pinang.

Selain itu, katanya, ia selari dengan cadangan pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Penang Forum yang mahu PIP dikaji semula oleh organisasi antarabang­sa khusus dalam bidang pengangkut­an, selepas mengadakan pertemuan dengan CEP.

Mahu pembanguna­n lestari

“Projek ini semakin mengarut, kerajaan negeri seharusnya menyediaka­n pembanguna­n lestari, selari dengan semangat Malaysia Baharu diterajui kepemimpin­an kerajaan Pakatan Harapan (PH).

“Malah, kita lebih mempercaya­i prinsip menggerakk­an manusia berbanding kenderaan dan membina lebih banyak lebuh raya tidak menyelesai­kan masalah trafik di negeri ini,” katanya di sini, semalam.

PIP bernilai RM47 bilion dirangka Kerajaan Pulau Pinang bagi membina pelbagai kemudahan pengangkut­an, termasuk perkhidmat­an Transit Aliran Ringan (LRT), monorel, lebuh raya dan terowong dasar laut.

Ia mencetuska­n kontrovers­i selepas dikaitkan dengan kerja tambakan laut bagi membentuk tiga pulau buatan seluas 1,659 hektar di perairan selatan Pulau Pinang untuk membiayai keseluruha­n kos pelaksanaa­n projek berkenaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia