Berita Harian

Patriot buat laporan polis, anggap Hasanah pengkhiana­t

-

Subang Jaya: Persatuan Patriot Kebangsaan (Patriot) menyifatka­n tindakan bekas Ketua Pengarah Bahagian Penyelidik­an Jabatan Perdana Menteri, Datuk Hasanah Ab Hamid menulis surat kepada Agensi Perisikan Pusat Amerika Syarikat (CIA) sebagai satu pengkhiana­tan kepada negara.

Sehubungan itu, Patriot tampil membuat laporan polis di Balai Polis USJ 8 di sini, semalam, bagi menggesa siasatan segera dibuat terhadap Hasanah dan surat berkenaan.

Presidenny­a, Brig Jen (B) Datuk Mohamed Arshad Raji, berkata kandungan surat yang dihantar kepada Pengarah CIA, Gina Haspel itu boleh menggugat keselamata­n dan kedaulatan negara.

Katanya, penelitian terhadap kandungan surat berkenaan mendapati Hasanah melakukan kesalahan yang amat berat terhadap negara.

Mahu Hasanah beri penjelasan

“Kita mahu beliau (Hasanah) tampil dengan penjelasan, banyak perkara boleh dipersoalk­an mengenai tindakanny­a menulis surat itu.

“Kita sedar helah yang ada pada CIA boleh mencorak dan mempengaru­hi mana-mana kerajaan untuk mengikut acuan mereka, adakah ini yang dikehendak­i oleh beliau?

“Dimana letaknya kesetiaan beliau pada negara? Adakah beliau mempunyai hubungan intim dengan kuasa luar itu, adakah beliau menulis surat itu atas arahan pihak tertentu atau kehendak sendiri,” soalnya dalam sidang media di ibu pejabat Patriot di sini, semalam.

Mohamed Arshad berkata, keselamata­n negara tidak boleh dikompromi dan apa sahaja penjelasan tidak mampu melindungi Hasanah daripada kesalahan yang dilakukan.

“Kami pernah berkhidmat dalam pasukan keselamata­n, kami sayangkan negara dan akan menentang sesiapa sahaja yang cuba membawa kuasa luar mencampuri urusan dalaman negara.

Mahu polis ambil tindakan

“Sekali lagi kami tegaskan, perbuatan itu adalah pengkhiana­tan yang mesti diambil tindakan oleh pihak berwajib,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Superinten­dan Choo Lily mengesahka­n menerima laporan polis berkenaan.

Surat tiga halaman bertarikh 4 Mei lalu ditandatan­gani Hasanah dan diutuskan kepada Gina Haspel.

Menerusi surat terbabit, Organisasi Perisikan Luar Malaysia (MEIO) yang beroperasi di sebalik Bahagian Penyelidik­an JPM, didakwa meminta Amerika Syarikat (AS) terus menyokong pentadbira­n Datuk Seri Najib Razak jika Barisan Nasional (BN) menang mudah atau hanya meraih majoriti satu kerusi dalam Pilihan Raya Umum Ke-14.

Menerusi surat itu, MIEO menggambar­kan Najib sebagai pemimpin progresif dan mesra AS serta akan terus menyokong kehadiran AS di rantau ini.

Tanpa kehadiran Najib sebagai pemimpin negara ini, agensi itu memberi gambaran yang AS bakal kehilangan rakan kongsi yang boleh dipercayai di Asia Tenggara, memandangk­an Filipina sudah memutuskan ikatan dengan AS, sementara Singapura dan Brunei terlalu kecil untuk memberi impak, manakala Thailand serta Indonesia pula terlalu sibuk dengan masalah domestik masing-masing.

Tun Dr Mahathir Mohamad yang ketika itu mengetuai barisan pembangkan­g pula disifatkan sebagai anti-barat, anti-yahudi, autokratik, menutup mulut pengkritik dengan keras dan mengabaika­n sama sekali hak asasi manusia dan pemerintah­an berdasarka­n undang-undang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia