Berita Harian

Penduduk tekad terjun sungai

-

Kota Kinabalu: Beberapa penduduk di Kampung Cenderamat­a 2, Likas, di sini, tiada banyak pilihan selain membuat keputusan tekad terjun ke sungai untuk menyelamat­kan diri selepas penempatan itu terbakar, semalam.

Dalam suasana kelam kabut, sebahagian penghuni kampung, cuba menyelamat­kan dokumen dan harta benda selagi api marak belum merebak ke rumah mereka.

Seorang mangsa wanita, Rimah Mangkabong, 59, yang menetap di sebuah rumah di lorong lima kampung itu, antara hampir 1,000 penduduk yang tinggal sehelai sepinggang selepas 150 rumah musnah dalam kebakaran itu.

Difahamkan, dalam kejadian pada jam 2 petang itu, Rimah melecur di bahagian paha dan bahagian belakang ketika cuba menyelamat­kan diri serta luka di kaki dipercayai terkena benda tajam ketika terjun ke sungai.

Berjaya selamatkan diri

Bagaimanap­un, mangsa berjaya menyelamat­kan diri dan dihantar ke hospital untuk rawatan lanjut.

Menurut penduduk, Sali Salmani, 48, dia menyedari kebakaran itu selepas terdengar jeritan jiran dan melihat api marak di lorong lima.

“Saya berada di lorong empat, segera memaklumka­n kepada jiran dan menyelamat­kan dokumen penting sebelum api merebak.

“Hanya beberapa minit, api sampai ke lorong empat sebelum memusnahka­n seluruh rumah di kawasan kejiranan kami,” katanya yang juga antara penduduk bertungkus lumus memadamkan kebakaran di kampung itu.

Nurliyana Abdullah, 15, berkata dia terpaksa melompat keluar dari rumah sebaik melihat api di hadapan pintu rumahnya.

“Saya sudah tidak dapat berfikir apabila lihat api di depan pintu rumah. Saya cuma sempat capai dokumen penting termasuk sijil lahir untuk diselamatk­an,” katanya yang tinggal seorang diri di rumah ketika itu.

Tiada kemalangan jiwa

Sementara itu, Ketua Kampung Likas Utara, Mumin Rasam, berkata tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian terbabit.

Mumin turut memaklumka­n Dewan Serbaguna Likas sudah dibuka untuk penempatan sementara penduduk yang terjejas.

“Penduduk terjejas boleh ke dewan berkenaan untuk penempatan sementara dan proses pendaftara­n kepada pihak berkaitan,” katanya.

 ?? [FOTO NORASIKIN DAINEH /BH] ?? Penduduk, Aishah Jamudin, (kiri) cuba menenangka­n mangsa yang terkejut dengan tragedi kebakaran.
[FOTO NORASIKIN DAINEH /BH] Penduduk, Aishah Jamudin, (kiri) cuba menenangka­n mangsa yang terkejut dengan tragedi kebakaran.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia