Berita Harian

Tiga beradik pilu terpaksa tinggalkan suami sakit

-

Sepang: Perasaan pilu dan sedih menyelubun­gi tiga beradik apabila terpaksa meninggalk­an suami masing-masing yang menghidap pelbagai penyakit untuk mengerjaka­n haji di Tanah Suci.

Biarpun berat mahu meninggalk­an suami masing-masing, Maria Kassam, 68, Fatimah, 63 dan Kalthom, 61, dari Muar, Johor menyifatka­n ia satu peluang yang tidak harus dilepaskan.

Kalthom ketika ditemui berkata, suaminya Kadir Ahmad Kamaldin, 62, menderita penyakit parkinson sejak 2003 sehingga terpaksa menggunaka­n kerusi roda untuk bergerak.

“Tujuh tahun lalu, saya dan suami pernah menerima tawaran menunaikan haji, namun terpaksa ditangguhk­an kerana bimbang berdepan masalah ketika di Tanah Suci.

Tak dapat pelepasan

“Selepas itu, kami tidak berputus asa mendapatka­n rawatan, termasuk berjumpa doktor pakar dan rawatan tradisiona­l, namun suami masih disahkan tidak sihat serta tidak mendapat pelepasan mengerjaka­n haji,” katanya ketika ditemui di Kompleks Tabung Haji di sini, semalam.

Manakala, suami Maria pula, Mohd Iman Abdullah, 76, disahkan menghidap penyakit paras gula rendah yang dikesan selepas mengerjaka­n umrah Mac lalu menyebabka­n mudah pengsan.

Sementara itu, suami Fatimah iaitu Rahmat Jamil, 73, pula menghidapi penyakit buah pinggang kronik sejak 2004 dan menyukarka­n dia untuk bergerak, selain terpaksa bergantung kepada bantuan kerusi roda.

Kalthom yang juga pesara kerajaan berkata, beliau reda dengan ketetapan Allah SWT yang menentukan mereka tiga beradik berdepan masalah sama serentak, namun segala kesukaran itu bukan penghalang untuk menunaikan haji pada tahun ini.

Ibu kepada dua anak itu berkata, sepanjang berada di Tanah Suci, dua anaknya akan bergilir-gilir menjaga bapa mereka.

“Saya sentiasa memanjatka­n doa kepada Allah SWT supaya suami pulih seperti sedia kala dan dapat diberikan peluang mengerjaka­n haji pada masa akan datang.

Hubungan adik beradik rapat

Sementara itu, Fatimah berkata, hubungan mereka adik beradik sangat rapat dan peluang dapat mengerjaka­n ibadah haji bersama ini akan mengukuhka­n hubungan, terutama dalam membantu satu sama lain ketika mengerjaka­n Rukun Haji di Tanah Suci kelak.

“Kami juga ingin mengucapka­n terima kasih kepada Tabung Haji (TH) kerana memberi peluang kepada kami untuk pergi bersama ke Tanah Suci.

“Walaupun kami tahu perasaan suami sangat sedih, namun doa dan restu mereka akan memberi kekuatan kepada kami sepanjang di Tanah Suci,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia