Berita Harian

7 kakitangan MPB tunai haji dirai

-

Kuala Lumpur: Seramai tujuh kakitangan Media Prima Bhd (MPB) akan berangkat ke Makkah bagi menunaikan haji pada tahun ini.

Mereka diraikan pada satu majlis doa selamat yang diketuai oleh Ustaz Fauzi Hashim di surau Sri Pentas, Bandar Utama di sini, semalam.

Yang turut hadir, Pengarang Urusan, Kumpulan Berita dan Hal Ehwal Semasa, Rangkaian Televisyen Media Prima Bhd, Datuk Manja Ismail serta warga kerja MPB.

Seorang jemaah dari Jabatan Operasi Teknikal, Abu Hashim Abdul Roe, berkata ini saat yang paling dinantikan beliau yang 10 tahun menunggu giliran.

“Alhamdulil­lah, ini kali pertama saya akan menunaikan ibadah haji bersama isteri, tahun ini akan menjadi tahun bermakna buat saya.

“Tidak dapat digambarka­n perasaan saya ketika ini apabila dijemput menjadi tetamu Allah,” katanya kepada NSTP.

Teruja ke Tanah Suci

Sementara itu, kakitangan Primeworks Studios Sdn Bhd, Siti Hatija Yusof, turut menzahirka­n rasa gembira apabila dijemput menjadi tetamu Allah untuk kali kedua.

“Biarpun saya pergi berseorang­an, perasaan teruja ini membuatkan saya tidak sabar untuk ke Tanah Suci, saya amat bersyukur kerana masih diberikan kesihatan yang baik.

“Segala persiapan sudah pun dilakukan sejak awal lagi bagi mengelak masalah, semoga semuanya dipermudah­kan oleh Allah setibanya saya di sana nanti” katanya.

 ?? [FOTO MOHD YUSNI ARIFFIN/BH] ?? Abu Hashim menyampaik­an ucapan pada majlis doa selamat di surau Sri Pentas Bandar Utama, semalam.
[FOTO MOHD YUSNI ARIFFIN/BH] Abu Hashim menyampaik­an ucapan pada majlis doa selamat di surau Sri Pentas Bandar Utama, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia