Berita Harian

TH utama aduan jemaah

Pihak pengurusan 12 maktab kategori masalah kepada 17 kod

-

Menerima dan menyelesai­kan aduan jemaah haji menjadi keutamaan pihak pengurusan 12 maktab Tabung Haji (TH) di sini dengan mengkatego­rikan aduan kepada 17 kod berbeza.

Pengarah Operasi Makkah, Datuk Ahmad Sohaimi Abd Rahim, berkata jemaah haji boleh membuat apa sahaja aduan di kaunter khidmat pelanggan disediakan di setiap maktab.

“Kami ada 17 kod aduan dan setiap aduan diterima diletakkan di bawah kod yang kami kenal pasti itu,” katanya pada sidang media kepada wartawan Malaysia di hotel Abraj Al-janadriyah yang menjadi pusat operasi TH di sini.

Beliau berkata, pihaknya akan berusaha sebaik mungkin untuk menyelesai­kan setiap aduan diterima dan tempoh penyelesai­an bergantung kepada jenis aduan atau masalah itu.

“Jika masalah kecil, kami akan selesaikan segera, manakala kes sederhana seperti masalah bilik penginapan, pendingin hawa atau makanan, akan diselesaik­an dalam masa tiga hari.

“Jika ia perkara besar dan jarang berlaku, kami akan menelitiny­a sebelum mencari cara terbaik menyelesai­kannya,” katanya. Ahmad Sohaimi berkata, pihaknya membahagik­an pengurusan 12 maktab yang menempatka­n jemaah haji itu kepada empat zon dan jarak maktab dari Masjidilha­ram adalah antara 650 hingga 950 meter.

Katanya, jemaah diminta mengenal pasti maktab masingmasi­ng dan setiap maktab memiliki warna lanyard atau tali kad pengenalan diri berbeza untuk memudahkan jemaah serta pihak pengurusan mengenali lokasi penginapan mereka.

2 dokumen perlu dibawa

Beliau juga meminta setiap jemaah haji Malaysia menjaga kad pengenalan diri dan rantai tangan dibekalkan kepada mereka.

“Dua dokumen itu harus dijaga dan dibawa ke mana-mana sahaja oleh jemaah sepanjang mereka mengerjaka­n haji kerana ia pengganti kepada pasport mereka,” katanya.

Ahmad Sohaimi berkata, pada kedua-dua barangan itu ada butiran peribadi jemaah yang membolehka­n pihak berkuasa tempatan atau orang luar memberi bantuan jika jemaah ditimpa masalah.

Katanya, jika kad pengenalan diri atau rantai tangan itu hilang, jemaah harus segera melaporkan kepada kaunter perkhidmat­an pelanggan untuk diganti serta-merta.

“Setiap laporan kehilangan akan direkodkan dalam sistem kita untuk melihat trend bagi punca kehilangan dokumen berkenaan adakah disebabkan kecuaian jemaah atau kualiti barangan itu untuk tujuan penambahba­ikan,” katanya.

 ??  ?? Ahmad Sohaimi (kanan) dan Pengurus Bilik Maklumat Operasi Makkah, Ashrof Shamsuddin menunjukka­n kad pengenalan diri jemaah haji berbeza mengikut maktab.
Ahmad Sohaimi (kanan) dan Pengurus Bilik Maklumat Operasi Makkah, Ashrof Shamsuddin menunjukka­n kad pengenalan diri jemaah haji berbeza mengikut maktab.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia