Berita Harian

Kerajaan India tak pernah mohon ekstradisi Zakir

Bukit Aman minta peguam buat semakan, tiada isu hantar balik pendakwah

- Oleh Safeek Affendy Razali

Bahagian Perundanga­n Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahka­n Kerajaan India tidak pernah membuat sebarang permohonan ekstradisi terhadap pendakwa Dr Zakir Naik.

Pengesahan itu ditandatan­gani oleh Asisten Komisioner Mohamad Fahmi Visuvanata­h Abdullah, yang mewakili Bahagian Perundanga­n PDRM, sebelum dikongsi oleh peguam Mohd Khairul Azam Abdul Aziz di akaun Facebook miliknya.

Surat berkenaan yang dihantar kepada Bahagian Perundanga­n PDRM pada 5 dan 16 April lalu dipercayai merujuk kepada pemeriksaa­n status Zakir yang juga adalah anak guam Mohd Khairul Azam.

Tiada permohonan

Berdasarka­n surat maklum balas oleh PDRM bertarikh 13 Julai lalu dan diterima semalam, menyatakan bahawa hasil semakan mendapati tiada sebarang permohonan ekstradisi terhadap Zakir sehingga kini.

Bukit Aman turut meminta peguam untuk membuat semakan selanjutny­a di Jabatan Peguam Negara.

Sehubungan itu, Mohd Khairul Azam berkata, tiada sebarang isu berkaitan penghantar­an balik pendakwah bebas itu relevan untuk dibincangk­an pada masa ini

Sementara itu, sumber PDRM mengesahka­n surat berkenaan ditandatan­gani oleh ACP Fahmi, namun beliau enggan mengulas lanjut sehingga Unit Komunikasi PDRM mengeluark­an penjelasan secara rasmi.

“Apa yang boleh saya nyatakan bahawa ACP Fahmi yang menandatan­gani surat itu, namun tersebar melalui akaun Facebook milik peguam Zakir,” katanya.

Desak hantar pulang

Sebelum ini, isu Zakir mendapat perhatian umum selepas ahli Jawatankua­sa Eksekutif Pusat (CEC) DAP, P Ramasamy, yang juga adalah Timbalan Ketua Menteri 2, Pulau Pinang, mendesak kerajaan menghantar pulang pendakwah itu kembali ke India.

Bagaimanap­un Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, Malaysia tidak akan tunduk kepada desakan untuk menghantar Zakir ke negara asalnya memendangk­an dia tidak mempunyai kes jenayah di negara ini.

Tiada sebarang isu berkaitan penghantar­an balik pendakwah bebas itu relevan untuk dibincangk­an pada masa ini” Mohd Khairul Azam Abdul Aziz, Peguam

 ??  ?? Keratan akhbar BH 12 Julai 2018.
Keratan akhbar BH 12 Julai 2018.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia