Berita Harian

Lima ditahan SPRM buat tuntutan palsu RM600,000

-

Kuching: Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sarawak menahan lima individu, termasuk dua Penolong Pengarah Kanan Biro Tata Negara (BTN) kerana disyaki membuat tuntutan palsu membabitka­n wang berjumlah kira-kira RM600,000, semalam.

Suspek masing-masing tiga lelaki dan dua wanita berusia antara 34 hingga 55 tahun itu ditahan jam 4.30 petang di Pejabat SPRM Sarawak selepas hadir memberi keterangan.

Difahamkan, tiga daripada suspek berkhidmat di BTN Sarawak sebelum ini, namun kini sudah berpindah ke jabatan lain serta bersara.

Sumber berkata, suspek dipercayai bersubahat dengan 43 syarikat di seluruh negeri ini dengan mengemukak­an dokumen mengandung­i butiran palsu untuk membuat tuntutan pembayaran kerja.

Katanya, jumlah tuntutan bagi satu-satu kerja bernilai antara RM2,000 hingga RM6,000.

Kegunaan peribadi

“Pembayaran tuntutan dibuat suspek dimasukkan dalam beberapa akaun pemilik syarikat pada 2016 dan mereka dipercayai mengambil keuntungan daripada setiap syarikat yang pilih.

“Siasatan juga mendapati kira-kira 70 peratus perkhidmat­an atau pembekalan yang dilakukan oleh syarikat terbabit kepada pihak BTN tidak wujud atau tidak dilaksanak­an dalam tempoh seperti yang dinyatakan dalam tuntutan,” katanya.

Kata sumber itu, semua suspek mempunyai kawalan ke atas akaun BTN dan menggunaka­n wang berkenaan bagi kegunaan peribadi.

Sementara itu, Pengarah SPRM Sarawak, Razim Mohd Noor ketika dihubungi mengesahka­n tangkapan dan berkata pihaknya SPRM kini dalam proses mendapatka­n dokumen berhubung pembayaran yang dibuat BTN kepada syarikat berkenaan.

Katanya, suspek ditahan untuk siasatan mengikut Seksyen 18 Akta Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia 2009.

“Suspek akan dibawa kemahkamah Majistret Kuching esok untuk mendapatka­n perintah reman,” katanya.

Suspek dipercayai bersubahat dengan 43 syarikat di seluruh negeri ini dengan mengemukak­an dokumen mengandung­i butiran palsu untuk membuat tuntutan pembayaran kerja” Sumber

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia