Berita Harian

Yusof dibenar mencabar

Penerbit filem akan kemuka pertikaian isu plagiat novel

- Oleh Murni Wan Omar

Pengarah dan penerbit filem, Datuk Yusof Haslam berjaya memperoleh kebenaran untuk mencabar keputusan Mahkamah Rayuan berhubung hak cipta sebuah novel dalam kes saman berkaitan filem terbitan syarikatny­a,

Bohsia: Jangan Pilih Jalan Hitam.

Panel tiga hakim Mahkamah Persekutua­n yang dipengerus­ikan Ketua Hakim Negara Tan Sri Richard Malanjum dalam keputusann­ya di sini, semalam, membenarka­n permohonan Yusof bersama anaknya lelakinya, Syamsul dan syarikat Skop Production selepas selesai mendengar hujah kedua-dua pihak.

Bagaimanap­un tarikh merayu akan ditetapkan kemudian.

Yang turut bersidang bersama adalah Tan Sri Zainun Ali dan Tan Sri Aziah Ali.

2 persoalan undang-undang

Peguam Haniff Khatri Abdulla yang mewakili Yusof dan dua lagi ketika ditemui berkata, pihaknya akan mengemukak­an dua persoalan undang-undang untuk Mahkamah Persekutua­n mempertimb­angkan sebelum membuat keputusan.

Katanya, mahkamah sudah mendengar dan bersetuju bahawa kes itu seharusnya diberi kebenaran dibawa berhujah ke peringkat Mahkamah Persekutua­n.

“Dua persoalan undang-undang dibenarkan dan ia menjurus kepada isu penting, iaitu berkaitan konsep hak cipta di arena percetakan dan hiburan, iaitu filem. Kami akan membangkit­kan sama ada percetakan itu dengan sendirinya memadai membuktika­n dalam undang-undang berhubung isu plagiat itu.

“Selain itu, kami juga akan mengemukak­an pertikaian adakah mahkamah wajib membanding­kan di antara novel dengan filem bagi menentukan adakah terdapat persamaan atau tidak,” katanya.

Haniff berkata, watak dan cerita semua berbeza bagaimanap­un Mahkamah Rayuan mendapati sebaliknya.

“Kami mengatakan bagaimana Mahkamah Rayuan boleh membuat keputusan begitu tanpa melihat atau membanding­kan filem Bohsia: Jangan Pilih Jalan Hitam

dengan novel Bohsia. Bagaimana- pun, kami akan kemuka semua hujah itu ketika pendengara­n nanti,” katanya.

Langgar hak cipta

Pada 21 Julai tahun lalu, Mahkamah Rayuan membenarka­n rayuan penulis novel, Elias Edris yang menuntut perisytiha­ran bahawa Yusof, Syamsul dan Skop Production melanggar hak cipta terpelihar­a novelnya yang bertajuk Aku Bohsia.

Ketiga-tiga plaintif itu diperintah­kan membayar novelis itu ganti rugi yang akan dinilai oleh Mahkamah Tinggi.

Mahkamah Rayuan membatalka­n keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang menolak saman novelis itu, selepas membenarka­n rayuannya.

 ??  ?? Haniff Khatri (kanan) berbual dengan Yusof dan Syamsul selepas perbicaraa­n di Mahkamah Persekutua­n, Putrajaya, semalam.
Haniff Khatri (kanan) berbual dengan Yusof dan Syamsul selepas perbicaraa­n di Mahkamah Persekutua­n, Putrajaya, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia