Berita Harian

Zahida tak perlu lapor kepada media: Gopal

Peguam beritahu pelakon mahu halang spekulasi buruk tersebar

- Oleh Murni Wan Omar

Mahkamah Persekutua­n di sini, semalam diberitahu bahawa pelakon, Zahida Mohamed Rafik tidak perlu memaklumka­n kepada media selepas membuat laporan polis berhubung bekas pemandunya yang didakwa mencuri wang RM200,000 pada 2012.

Peguam Datuk Seri Gopal Sri Ram yang mewakili Noor Azman Azemi, berkata demikian ketika berhujah di hadapan panel lima hakim di sini ketika prosiding pendengara­n rayuan anak guamnya bagi mengetepik­an keputusan Mahkamah Rayuan.

Mahkamah Rayuan sebelum ini mengetepik­an keputusan Mahkamah Tinggi yang memerintah­kan Zahida membayar tuntutan ganti rugi RM150,000 kerana memfitnah Noor Azman.

Kes didengar 5 hakim

Kes itu didengar oleh panel lima hakim yang diketuai oleh Tan Sri Ahmad Maarop.

Yang turut bersidang bersama adalah Tan Sri Azahar Mohamed, Datuk Alizatul Khair Osman Khairuddin, Datuk Rohana Yusuf dan Datuk Mohd Zawawi Salleh.

Mahkamah bagaimanap­un menetapkan keputusan pada tarikh akan datang.

Gopal berhujah bahawa, mahkamah sebelum ini membenarka­n permohonan kebenaran merayu pihaknya bagi menjawab persoalan sama ada terbitan isi kandungan laporan polis oleh pembuatnya kepada umum dilindungi oleh perlindung­an mutlak atau tidak.

“Pada 29 Februari 2012, defendan (Zahida) membuat laporan polis terhadap Noor Azman (plaintif ). Defendan kemudian ditemui wartawan dan beliau ada memaklumka­n dan menunjukka­n laporan polis itu.

“Pada 3 Mac 2012, ia disiarkan di akhbar Harian Metro yang mana pihak plaintif mendakwa ada kenyataan memfitnahn­ya.

“Kami berhujah bahawa perlindung­an mutlak melindungi kenyataan dalam laporan polis itu mengikut Seksyen 107 Kanun Prosedur Jenayah berasaskan pertimbang­an polisi awam,” katanya.

Katanya, tiada sebarang alasan membolehka­n pembuat laporan tidak boleh dipertangg­ungjawabka­n atas perlakuan fitnah apabila mendedahka­n isi laporan kepada umum

“Kita semua pernah ‘diserbu’ wartawan, diam adalah satu pilihan,” katanya.

Halang spekulasi

Peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah yang mewakili Zahida, berkata anak guamnya memberitah­u wartawan selepas membuat laporan polis bagi menghalang spekulasi buruk tersebar

“Adalah tidak sesuai mahkamah ini membuang masa terhadap rayuan yang tidak mempunyai kaitan praktikal. Apa jua keputusan mahkamah berhubung isu penerbitan laporan polis ini, keputusan Mahkamah Rayuan tidak boleh diubah.

“Anak guam saya tidak terkesan apa-apa daripada permohonan ini, selain membuang masa dan wangnya,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia