Berita Harian

PROJEK LRT3

Kerajaan belum beri penjelasan lanjut

- Oleh Bisnes NSTP

Pelaksanaa­n projek Transit Aliran Ringan 3 (LRT3) masih dalam persimpang­an kerana kerajaan masih belum memberikan penjelasan secara rasmi kepada rakan pelaksana projek (PDP), MRCB George Kent Sdn Bhd (MRCBGK) berhubung peranan baharunya, demikian menurut sumber.

Sumber berkata, sejak Menteri Kewangan, Lim Guan Eng mengumumka­n projek LRT3 akan dikaji semula, MRCBGK tidak boleh memberi apa-apa kenyataan.

Sebuah akhbar berbahasa Inggeris sebelum ini melaporkan beberapa kontraktor projek pengangkut­an awam itu menghantar notis kepada MRCBGK yang menuntut kos tambahan yang meningkat berikutan perubahan terhadap reka bentuk dan jadual penyerahan projek.

Sumber mengesahka­n kepada NSTP bahawa ia menerima notis tuntutan yang dihantar kepada Prasarana Malaysia Bhd dan MRCBGK.

“Kontraktor ada memberikan notis kepada Prasarana dan MRCBGK. Hanya Kementeria­n Kewangan dan Prasarana yang boleh mengeluark­an kenyataan (mengenainy­a),” katanya.

MRCBGK adalah syarikat usaha sama antara Malaysian Resources Corporatio­n Bhd (MRCB) dan George Kent (M) Bhd yang dilantik oleh Prasarana bagi mengendali­kan projek LRT3.

Laporan akhbar berbahasa Inggeris itu berkata, notis paling lantang dikeluarka­n oleh konsortium CRRC Zhuzhou Locomotive Co Ltd-siemens Ltd China-tegap Dinamik yang dianugerah­kan pakej kerja bernilai RM1.2 bilion untuk menyediaka­n set kereta api bagi projek LRT3.

Tuntut kos tambahan

Dalam surat kepada PDP pada 12 Julai lalu, konsortium itu menyatakan terkejut dan kecewa dengan penggantun­gan perintah kerja yang dikeluarka­n dan menegaskan bahawa wujud kos tambahan susulan perintah penangguha­n kerja.

Konsortium itu juga menyatakan bahawa sebarang perubahan dalam konfiguras­i kereta api akan memberi impak besar kepada keseluruha­n projek dari segi kos dan prestasi teknikal set kereta api.

“Kontraktor itu menyaranka­n Prasarana Malaysia Bhd dan PDP menilai secara menyeluruh kos pampasan susulan perubahan jadual penyerahan dan reka bentuk projek,” kata akhbar itu memetik sumber.

Projek LRT3 terhenti pada jarak 37 kilometer pada awal bulan ini selepas Kementeria­n Kewangan mendedahka­n bahawa kos sebenar projek itu meningkat kepada RM31.65 bilion.

Ia berdasarka­n kos yang dinyatakan oleh Prasarana, pemilik projek berkenaan.

Pada 10 Julai lalu, Kementeria­n Kewangan berkata Prasarana perlu mengurangk­an kos secara drastik jika mahu projek itu diteruskan.

Kos asal RM10B

Dua hari kemudian, Kementeria­n Kewangan mengumumka­n bahawa selepas rundingan menyeluruh dan rasionalis­asi dijalankan dengan semua pemegang berkepenti­ngan, termasuk Prasarana dan MRCBGK, kos LRT3 ditetapkan pada RM16.63 bilion.

Ketika projek LRT3 mula diumumkan pada Bajet 2016, kosnya dianggarka­n pada RM10 bilion.

Sehingga 9 Mei, pakej kerja bernilai RM15 bilion sudah dianugerah­kan dan banyak kontraktor membuat tempahan bahan berdasarka­n spesifikas­i yang diperlukan.

Antara perubahan utama kepada reka bentuk projek LRT3 adalah mengurangk­an 42 set enam gerabak kepada 22 set tiga gerabak, memansuhka­n lima stesen, membatalka­n sebuah terowong bawah tanah dan melanjutka­n tempoh penyerahan projek dari 2020 kepada 2024.

Kontraktor pakej kerja awam utama ialah Mudajaya Group Bhd, Sunway Constructi­on Group Bhd, WCT Holdings Bhd dan Gabungan AQRS Bhd.

Kerja membabitka­n sistem termasuk set kereta api kebanyakan­nya dari China seperti CRRC Zhuzhou, China Machinery Engineerin­g Corp, CMC Group dan ZTE Corp.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia