Berita Harian

Lancar minyak pelincir MAGNATEC generasi baharu

Usaha galak penggunaan teknologi kewangan

- Oleh Nurhayati Abllah

Kementeria­n Kewangan akan mengadakan perbincang­an dengan Bank Negara Malaysia (BNM) bagi menyediaka­n garis panduan dalam usaha menggalakk­an pembabitan lebih ramai peserta dalam industri teknologi kewangan (Fintech).

Timbalan Menterinya, Datuk Ir Amiruddin Hamzah, berkata pembabitan lebih banyak syarikat dan peserta industri dalam Fintech adalah amat diperlukan.

“Kita amat menggalakk­an program seumpama ini di Malaysia dan kita mengharapk­an pembabitan syarikat terutama dalam kalangan yang beroperasi dalam negara untuk turut serta dalam industri.

“Kita mahukan lebih banyak tawaran kemudahan dapat diberikan kepada masyarakat supaya mereka dapat melaksanak­an kerja dengan lebih mudah dan pantas,” katanya pada sidang media Persidanga­n dan Pameran Banktech Asia 2018 Ke-10, di Kuala Lumpur, semalam.

Ditanya sama ada kerajaan akan meneruskan inisiatif yang dilaksanak­an kerajaan sebelum ini, Amiruddin berkata, perkara itu akan dan sedang diteliti untuk melihat sejauh mana ia mampu meningkatk­an pertumbuha­n industri.

Bagaimanap­un beliau tidak dapat memperinci­kan penelitian itu kerana masih di peringkat awal.

“Saya tidak dapat menyatakan apa yang akan dan sedang kita telitikan tetapi kita akan melihatnya secara keseluruha­n. Kita akan lihat semua...ia masih pada peringkat awal untuk diperkatak­an,” katanya.

Kekal relevan

Dalam ucaptamany­a, Amiruddin berkata bank di Malaysia perlu melabur dalam trend teknologi yang bukan hanya bertindak sebagai pencetus perubahan, malah menjamin untuk terus kekal relevan dalam tempoh jangka panjang.

Beliau berkata pelaburan sedemikian pada masa juga mampu memberikan pulangan besar kepada bank ke atas pelaburan yang dibuat.

“Jika bank tidak aktif melabur dalam strategi digital, mereka mungkin berisiko untuk kehilangan penguasaan pasaran. Kajian ‘Asia Personal Financial Services’ (PFS) daripada Mckinsey mendedahka­n kadar penembusan perbankan digital meningkat daripada 1.5 kali kepada tiga kali ganda di pasaran baharu muncul di Asia pada 2014.

“Kadar penembusan perbankan telefon pintar turut berkembang dengan lebih pantas daripada keseluruha­n perbankan digital, iaitu berkembang daripada dua kali ganda kepada empat kali ganda di pasaran baharu muncul di Asia,” katanya.

Banktech Asia adalah salah satu penganjura­n Fintech dan teknologi perbankan paling lama di rantau Asia.

Ia dihadiri lebih 200 pegawai kanan bank tempatan dan luar negara.

Kita amat menggalakk­an program seumpama ini di Malaysia dan kita mengharapk­an pembabitan syarikat, terutama dalam kalangan yang beroperasi dalam negara untuk turut serta dalam industri”

Amiruddin Hamzah, Timbalan Menteri Kewangan

 ??  ??
 ?? [ FOTO MOHD YUSNI ARIFFIN / BH ] ?? Amiruddin (kiri) mendengar taklimat mengenai pengkalan data daripada wakil HMS Smart DC pada sidang media Persidanga­n dan Pameran Banktech Asia 2018 Ke-10, di Kuala Lumpur, semalam.
[ FOTO MOHD YUSNI ARIFFIN / BH ] Amiruddin (kiri) mendengar taklimat mengenai pengkalan data daripada wakil HMS Smart DC pada sidang media Persidanga­n dan Pameran Banktech Asia 2018 Ke-10, di Kuala Lumpur, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia