Berita Harian

Peletakan jawatan Ahmad Nazim ditolak

Ketua Pegawai Eksekutif Pelaburan MARA diminta tarik balik keputusan

- Oleh Farah Adilla

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Pelaburan MARA Bhd, Datuk Ahmad Nazim Rahman sudah menghantar surat peletakan jawatan kepada firma pelaburan dan pengurusan aset milik kerajaan itu, kata sumber.

Beliau yang menyertai firma itu pada Julai 2013, mengemukak­an peletakan jawatannya pada Mei dan kini memenuhi notis empat bulannya.

Difahamkan Ahmad Nazim meletakkan jawatan untuk melaksanak­an peluang lain.

Bagaimanap­un, peletakan jawatannya itu tidak diluluskan oleh Ketua Pengarah MARA, Datuk Azhar Abdul Manaf.

“Azhar berpendapa­t bahawa bukan masa yang sesuai untuk Ahmad Nazim pergi, selepas perubahan dalam kerajaan. Kami percaya bahawa Azhar meminta Ahmad Nazim untuk menimbang semula dan menarik balik peletakan jawatannya,” kata sumber.

Ahmad Nazim enggan mengulas ketika dihubungi.

MARA adalah agensi kerajaan yang ditugaskan untuk memberi bantuan dan sokongan kepada orang Melayu dan Bumiputera lain dalam bidang pembanguna­n ekonomi dan sosial.

Kes beli hartanah Melbourne

Ia memiliki PMB serta MARA Incorporat­ed Sdn Bhd (MARA Inc) yang pada awal 2013 dilaporkan membelanja­kan berjuta-juta untuk membeli hartanah di Melbourne pada harga yang tinggi.

Menurut laporan, MARA Inc membayar AS$22.5 juta, melebihi harga jualan semula AS$17.8 juta untuk bangunan lima tingkat dengan keluasan 30,279 kaki persegi yang dikenali sebagai Dudley Internatio­nal House.

Perbezaan harga jualan yang tinggi dipercayai sebagai rasuah.

Dokumen Mahkamah Australia bertarikh 15 Oktober 2014, mendakwa bahawa Ahmad Nazim memainkan peranan dalam urus niaga hartanah menerusi tiga syarikat yang didakwa terbabit dalam perjanjian itu, iaitu Optimus Capital Group Companies Sdn Bhd, Leuven Capital Sdn Bhd dan TRR Heritage Sdn Bhd.

Ahmad Nazim nafi terbabit

Ahmad Nazim menafikan sebarang kesalahan.

Lebih 20 saksi dipanggil Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan ke atas skandal itu sejak ia mula berlaku pada 2015.

Dua bekas pegawai kanan MARA Inc dan pengarah syarikat juga ditahan reman selama seminggu pada 2016 untuk membuat kenyataan direkodkan.

Siasatan terhadap kes itu masih berjalan, walaupun tiada siapa yang didakwa setakat ini.

Sementara itu, pemergian Ahmad Nazim menjejaki lebih lima pegawai tertinggi beberapa syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang melepaskan jawatan mereka dalam tempoh dua bulan lalu selepas kekalahan mengejutka­n Barisan Nasional pada pilihan raya umum 9 Mei lalu.

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, baru-baru ini memberi amaran bahawa masa sudah berlalu bagi eksekutif tertinggi di GLC Malaysia memperoleh gaji yang besar tanpa mengira prestasi syarikat.

Beliau juga menyelar GLC kerana menggaji ‘bukan profesiona­l’ yang ‘tidak biasa dengan perniagaan’ untuk jawatan penting.

 ??  ??
 ??  ?? Bangunan Dudley Internatio­nal House di Melbourne.
Bangunan Dudley Internatio­nal House di Melbourne.
 ??  ?? Ahmad Nazim Rahman
Ahmad Nazim Rahman

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia