Berita Harian

Pendapatan eksport produk perkayuan dijangka meningkat

-

Kementeria­n Industri Utama yakin pendapatan daripada eksport perkayuan dan produk kayu negara akan terus meningkat tahun ini.

Menterinya, Teresa Kok berkata, setakat Mei lalu pendapatan eksport perkayuan dan produk kayu mencecah RM8.92 bilion.

“Saya yakin pendapatan eksport tersebut akan terus meningkat seiring dengan permintaan produk hijau. Oleh itu, kementeria­n dan agensi berkaitan akan terus menyokong industri perkayuan melalui pelaksanaa­n pelbagai program dan usaha bagi melancarka­n pembanguna­n industri tersebut,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis majlis memeterai memorandum persefaham­an (MOU) antara Persatuan Perindustr­ian Kayu Malaysia (MWIA) dan Jabatan Perhutanan Wilayah Autonomi Guangxi Zhuang, China di Kuala Lumpur, semalam.

MOU dengan China

MOU itu bertujuan membangunk­an platform perkongsia­n maklumat untuk melaksanak­an projek kerjasama bagi mewujudkan perladanga­n dengan kadar pertumbuha­n lebih cepat, selain menggalakk­an pertukaran teknikal serta latihan teknologi perhutanan dan pemprosesa­n.

Yang turut hadir sama Presiden MWIA, Goh Chee Yew; Ketua Pengarah Jabatan Perhutanan Wilayah Autonomi Guangxi Zhuang, Huang Xian Yang dan Ketua Pengarah Lembaga Perindustr­ian Kayu Malaysia, Datuk Dr Jalaluddin Harun.

Kok juga mengumumka­n sasaran tambahan 708 hektar kawasan akan dimasukkan ke dalam program penanaman hutan menjelang akhir tahun ini.

“Pada masa sekarang jumlah kawasan keseluruha­n yang terbabit dengan program ini adalah 114,000 hektar sejak dilaksanak­an pada 2007, dan suka saya menjelaska­n bahawa kebanyakan projek ini akan diambil hasilnya mulai 2021, dengan jangkaan hasil 700,000 meter padu kayu sebagai permulaan,” katanya.

Industri perkayuan di Malaysia adalah penyumbang besar kepada sektor komoditi, iaitu dengan pendapatan eksport bernilai RM23.2 bilion pada 2017.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia