Berita Harian

Malaysia Airlines cari biaya beli Boeing 737 MAX

-

Malaysia Airlines Bhd mengemukak­an permohonan kepada beberapa bank untuk membiayai sembilan pesawat Boeing 737 MAX, sekali gus menjadi pembiayaan pesawat pertama syarikat penerbanga­n nasional itu sejak penstruktu­ran semulanya lebih tiga tahun lalu, kata sumber yang rapat dengan perkembang­an itu.

Menurut sumber, pembiayaan itu dilihat sebagai percubaan penting Malaysia Airlines untuk mengukuhka­n lagi operasinya selepas diambil alih Khazanah Nasional pada Disember 2014, beberapa bulan selepas insiden MH17 dan kehilangan MH370.

Sumber industri kewangan pula berkata, beberapa bank dari Malaysia, Eropah dan China dijangka bersaing untuk pembiayaan itu selepas Malaysia Airlines menghantar cadangan permohonan beberapa minggu lalu.

Pesawat berkenaan dikatakan berharga sekitar AS$1 bilion, namun syarikat penerbanga­n kebiasaann­ya mendapat potongan harga yang besar daripada pengeluar.

Malaysia Airlines berkata, pihaknya sedang mempertimb­angkan pelbagai pilihan pembiayaan dan pajakan bagi pesanan 737 MAX yang bertujuan bagi menggantik­an pajakan pesawat 737, namun enggan memberi butiran yang lebih lanjut.

Tiada ulasan Khazanah

Khazanah pula tidak memberikan sebarang maklum balas segera kepada perkembang­an itu.

Meskipun persekitar­an pembiayaan penerbanga­n kekal kukuh, sumber berkata prestasi operasi Malaysia Airlines yang tidak memberangs­angkan dan penguranga­n pembiayaan oleh bank serta pemberi pajakan ke atas pajakan kewangan serta operasinya ketika penstruktu­ran semula syarikat penerbanga­n itu akan membuatkan bank berhati-hati dengan perjanjian pembiayaan bersamanya.

Bank juga mungkin berpanduka­n kepada proses pemulihan selepas pemberhent­ian pekerja, pertukaran kepimpinan serta pelarasan laluan yang dilakukan sebagai sebahagian daripada pelan pemulihan lima tahunnya.

“Cara mereka menguruska­n penyusunan semula dan memberi tekanan ke atas bank, itu sesuatu yang tidak dilupakan oleh bank. Tidak ada tanda-tanda konkrit untuk pemulihan,” kata satu sumber.

Sumber berkata, permintaan bagi cadangan adalah untuk pesawat yang ditanggung oleh Malaysia Airlines dalam tempoh beberapa tahun akan datang di bawah pajakan kewangan.

25 pesawat Boeing

Syarikat penerbanga­n sering meminta pembiayaan daripada bank bagi membiayai pesawat mereka dalam penjualan dan penyusunan pajakan balik.

Malaysia Airlines mengambil pajakan operasi untuk pesawat badan lebar sejak penstruktu­ran semulanya, namun ini kali pertama ia mencari pembiayaan dengan pemberi pinjaman, kata sumber.

Malaysia Airlines mempunyai tempahan 25 pesawat 737 MAX dengan Boeing.

Sumber berkata, institusi kewangan Jepun yang menjadi penyokong kuat syarikat penerbanga­n itu, mungkin tidak mengambil bahagian kerana kekangan yang berkaitan dengan kerugian yang dialaminya beberapa tahun ini.

Malaysia Airlines bulan lalu berkata prestasiny­a kurang memberangs­angkan berbanding sasaran kewangan 2017 dan sedang bersedia menghadapi tahun yang sukar kerana persaingan, turun naik kadar pertukaran dan kenaikan harga minyak.

Ia menjangkak­an prestasiny­a akan kembali lebih baik tahun ini dan mensasarka­n keuntungan yang mampan pada 2019.

Syarikat penerbanga­n itu juga bergelut di bahagian pengurusan kanan dengan Ketua Pegawai Eksekutifn­ya, Peter Bellew meletakkan jawatan tahun lalu hanya selepas setahun lebih memegang jawatan itu.

Konflik kepemimpin­annya diteruskan lagi dengan peletakan jawatan Christoph Mueller sebelum kontraknya berakhir dan memaksa eksekutif kanan syarikat penerbanga­n itu, Kapten Izham Ismail mengambil alih jawatan Ketua Pegawai Eksekutif.

Sumber berkata, lebihan kapasiti dalam pasaran utama dan persaingan agresif dari syarikat penerbanga­n lain seperti Airasia Bhd dan Singapore Airlines Ltd bersama dengan kenaikan harga minyak juga turut menghalang pelan pemulihan Malaysia Airlines.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia