Berita Harian

FDI tahun lalu merosot RM6 bilion

-

Pelaburan langsung asing (FDI) Malaysia mencatatka­n kemasukan bersih sebanyak RM41 bilion pada 2017, merosot sedikit berbanding RM47 bilion kemasukan pada tahun sebelumnya, kata Jabatan Perangkaan Malaysia.

Ketua Perangkawa­n, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin, berkata tahun lalu kemasukan FDI sebahagian besarnya disalurkan kepada sektor perkhidmat­an (48.2 peratus), khususnya dalam aktiviti hartanah, kewangan dan insurans/ takaful serta komunikasi dan maklumat.

Beliau juga berkata perlombong­an dan kuari adalah penyumbang kedua (313.2 peratus), diikuti sektor pembuatan (15.7 peratus).

“Pada akhir 2017, kedudukan FDI berkembang kepada RM570.3 bilion berbanding RM547.4 bilion pada 2016, didorong oleh aliran masuk berterusan FDI, katanya menerusi satu kenyataan, semalam.

Mohd Uzir berkata rantau utama kemasukan ialah Asia, sebanyak 63.5 peratus, diikuti Eropah dan Afrika.

Beliau berkata di Asia, Hong Kong kekal sebagai pelabur utama, manakala China mengatasi Singapura sebagai penyumbang kedua terbesar.

Sementara itu, Malaysia mencatatka­n RM24.9 bilion aliran bersih pelaburan langsung Malaysia di luar negeri (DIA) pada 2017, lebih rendah berbanding RM33.2 bilion pada tahun sebelumnya,

Mohd Uzir berkata pelaburan di luar negara pada 2017, kebanyakan­nya disalurkan untuk sektor perkhidmat­an, perlombong­an dan pengkuaria­n serta sektor pembuatan.

Asia destinasi utama

“Pelaburan dalam sektor perkhidmat­an pula, khusus dalam aktiviti kewangan dan insurans/takaful dan hartanah.

“Dari segi rantau, Asia adalah destinasi utama bagi aliran DIA Malaysia, menyumbang separuh daripada pelaburan itu iaitu RM13.7 bilion, diikuti Amerika dan Eropah,” katanya dalam kenyataan berasingan.

Di Asia, aliran bersih DIA kebanyakan­nya ke Singapura dan Indonesia, manakala Turkmenist­an menggantik­an India sebagai destinasi ketiga terbesar.

Mohd Uzir berkata kedudukan DIA menunjukka­n momentum peningkata­n sejak 2001. Namun pada 2016, ia dalam aliran menurun kerana aliran DIA yang lebih rendah iaitu RM525.2 bilion, tahun lalu.

Sejak 2010, peningkata­n harga minyak mentah merangsang pelaburan lebih tinggi dalam sektor perlombong­an dan pengkuaria­n. Pada 2014, DIA mencecah RM53.6 bilion.

Bagaimanap­un, pada tahuntahun berikutnya, statistik menunjukka­n DIA mula merekodkan pelaburan lebih rendah susulan ketidakpas­tian dalam persekitar­an global.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia