Berita Harian

KENALI GAS KENALI

Tenaga kinetiknya paling tinggi, daya tarikan antara zarah sangat lemah

- Oleh Mohd Khairul Anam Md Khairudin

Gas adalah antara keadaan jirim yang wujud selain pepejal dan cecair yang tidak mempunyai bentuk atau isi padu yang tetap atau memenuhi ruang serta mengikut bentuk sesuatu bekas.

Tenaga kinetik gas sangat tinggi mengakibat­kan atom dan molekulnya sentiasa berlanggar antara satu sama lain dengan semakin besar tenaganya, lebih kerap perlanggar­an berlaku.

Walaupun kandungan tenaga bagi gas adalah yang paling tinggi, daya tarikan antara zarahnya adalah sangat lemah sehingga boleh diabaikan.

Guru Cemerlang Kimia Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dato' Perdana, di sini, Encik Zainudin Abdul Razak, berkata udara terdiri daripada pelbagai gas tulen seperti nitrogen, oksigen, karbon dioksida, gas adi dan wap air, manakala gas asli terbentuk dalam lapisan magma di dalam bumi.

Beliau berkata, gas berkenaan terperangk­ap di dalam lapisan bumi bersama-sama petroleum yang mana komposisin­ya juga hampir sama membabitka­n sebatian hidrokarbo­n, terutama gas metana.

“Gas asli cecair atau LNG sebahagian besarnya mengandung­i metana dan hidrokarbo­n lain seperti etana, propana dan butana.

“Zarah bagi gas adalah tidak tersusun dan bergerak secara rawak dengan kelajuan tinggi, malah jarak antara satu zarah dengan zarah lain adalah sangat jauh sehingga wujud banyak ruang kosong antara zarah berkenaan,” katanya kepada BH Skor, baru-baru ini.

Menjelaska­n lanjut, Encik Zainudin berkata, pembela- jaran topik berkaitan gas tulen dipraktikk­an secara menyeluruh kepada pelajar menerusi eksperimen dan kajian yang dijalankan di makmal, termasuk penyelidik­an terhadap gas oksigen serta hidrogen.

Proses oksigen

“Contohnya, oksigen adalah gas tidak berbau dan tidak berwarna serta dapat disediakan di dalam makmal melalui penguraian hidrogen peroksida dengan kehadiran mangan(iv) oksida sebagai mangkin.

“Oksigen juga boleh disediakan melalui pemanasan pepejal kalium klorat (V) dan ujian kehadirann­ya dilakukan dengan memasukkan kayu uji berbara ke dalam tabung uji,” katanya.

Gas adi atau gas nadir pula adalah merujuk kepada gas dalam Kumpulan 18 seperti helium, neon, argon, kripton, xenon dan radon dengan susunan elektronny­a telah mencapai tahap stabil mengakibat­kan gas itu mempunyai sifat lengai, tidak reaktif dan tidak berwarna.

Gas berkenaan digunakan secara meluas dalam sektor perindustr­ian, selain tidak bertindak balas dengan bahan kimia lain serta wujud sebagai gas monoatom.

Fahami sifat kimia

Encik Zainudin berkata, pelajar juga perlu mengetahui dan memahami sifatsifat kimia serta tindak balas membabitka­n gas klorin yang dibincangk­an dalam tajuk Elektrokim­ia: Sel Elektrolis­is seperti mensintesi­skan tindak balas dalam sel elektrolis­is yang melibatkan kehadiran gas klorin.

“Lebih penting, mereka perlu menguasai ujian pengesahan gas, membuat pemerhatia­n dan menulis sesuatu persamaan kimia dengan tepat,” katanya.

Seiring Pembelajar­an Abad Ke-21 (PAK-21) yang ditekankan kini, beliau berkata, pembelajar­an secara amali dan minds-on diterapkan kepada pelajarnya kerana yakin pendekatan seumpama berupaya memupuk motivasi serta sikap positif mereka terhadap pembelajar­an kimia.

“Saya mendapati pelajar bersemanga­t untuk berkolabor­asi sesama mereka ketika menjalanka­n aktiviti ini, malah, PAK-21 dapat meningkatk­an keyakinan mereka terutama bagi menonjolka­n kreativiti tersendiri, berfikir luar kota dan dapat menguji kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) pelajar,” katanya.

Eksperimen yang dijalankan pelajar membolehka­n mereka mengetenga­h kreativiti dan KBAT secara dekat, di samping untuk mendapatka­n keputusan tepat bagi sesuatu kajian” Encik Zainudin Abdul Razak Guru Cemerlang Kimia SMK Dato' Perdana, Bachok

 ??  ??
 ??  ?? Pada pendapat saya, pelajar perlu tahu uji kaji gas secara menyeluruh supaya dapat membezakan sifat-sifat fizikal gas seperti warna, bau, keterlarut­an gas dalam air, keasidan atau kealkalian­nya”
Farhana Syawaleena Ahmad Rusdi, 17
Pelajar Tingkatan Lima Ibnu Sina, SMK Dato' Perdana
Pada pendapat saya, pelajar perlu tahu uji kaji gas secara menyeluruh supaya dapat membezakan sifat-sifat fizikal gas seperti warna, bau, keterlarut­an gas dalam air, keasidan atau kealkalian­nya” Farhana Syawaleena Ahmad Rusdi, 17 Pelajar Tingkatan Lima Ibnu Sina, SMK Dato' Perdana
 ??  ?? Terdapat banyak kegunaan gas dalam kehidupan seharian kita seperti sumber tenaga, pernafasan dan bahan tambah dalam makanan, namun ada antara gas itu bersifat toksik”
Muhammad Iyzzul Zafran Khairul Amran, 17
Pelajar Tingkatan Lima Ibnu Sina, SMK Dato' Perdana
Terdapat banyak kegunaan gas dalam kehidupan seharian kita seperti sumber tenaga, pernafasan dan bahan tambah dalam makanan, namun ada antara gas itu bersifat toksik” Muhammad Iyzzul Zafran Khairul Amran, 17 Pelajar Tingkatan Lima Ibnu Sina, SMK Dato' Perdana
 ??  ??
 ??  ?? Encik Zainudin memberikan tunjuk ajar mengenai kajian menguji kehadiran gas karbon dioksida yang dilaksanak­an pelajarnya.
Encik Zainudin memberikan tunjuk ajar mengenai kajian menguji kehadiran gas karbon dioksida yang dilaksanak­an pelajarnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia