Berita Harian

PERSONALIT­I

Steve Jobs jadi idola Hoe Ziet

- Oleh Mohd Khairul Anam Md Khairudin

Hebat dalam bidang muzik, penyelidik­an

Kreativiti melalui kesenian bukanlah sesuatu yang asing dalam kalangan pelajar, malah mereka sudah didedahkan dengan bidang kreaini tif sejak kecil seperti menerusi acara melukis, bermain alat muzik mahupun aktiviti seni membabitka­n persembaha­n tarian.

Malah, seseorang yang terbabit dalam bidang ini seperti pencipta lagu mampu menempa kejayaan membanggak­an hingga ke peringanta­rabangsa kat sekiranya mereka berjaya memenuhi cita rasa dan trend generasi kini.

Minggu ini, wartawan BH

Skor berpeluang menemu bual pelajar Tingkatan Lima Sekolah Menengah Sains (SMS) Machang, Kelantan, Wong Hoe Ziet, 17, yang pernah mengunggul­i tempat pertama pada Festival Wind Orchestra Peringkat Sekolah Berasrama Penuh (SBP) ke-19 pada tahun lalu.

Bagaimanak­ah anda boleh terdorong dalam bidang muzik?

Minat dalam bidang ini tersemai sejak di bangku sekolah rendah lagi yang mana pembabitan kakak saya dalam aktiviti Wind Orchestra mendorong diri ini untuk bergiat lebih aktif. Berkat usaha dan sokongan keluarga, saya menyertai antara pasukan Wind Orchestra terunggul di dalam negara iaitu Smach Wind Orchestra di bawah bimbingan Encik Tuan Noriman Raja Senik dan Puan Suzaini Mohd Adnan ketika memasuki sekolah menengah, selain memenangi pelbagai pingat emas bersama pasukan ini. Bagi kemahiran berkomunik­asi pula, saya mendapat peluang untuk mengasah bakat ini setelah menceburi kegiatan penyelidik­an dan pembanguna­n (R&D) yang juga komponen Sains, Teknologi, Kejurutera­an dan Matematik (STEM). Saya dan pasukan telah mewakili negara serta berjaya menempa nama dalam beberapa pertanding­an berprestij antarabang­sa. Kejayaan yang dikecapi ini adalah hasil dorongan guru penasihat kelab inovasi sekolah iaitu Puan Mardiana Syarita Mohd Razmin dan Puan Che Romah Jaya serta beberapa guru lain.

Apakah kelebihan aktif dalam pelbagai aktiviti?

Pembabitan aktif dalam pelbagai aktiviti secara langsung mengajar saya untuk menguruska­n masa dengan lebih cekap. Kebolehan menguruska­n masa ini adalah amat penting, terutama apabila memasuki alam universiti kelak. Aktiviti seperti debat dan R&D pula dapat mengarah otak kita untuk berfikir secara ligat dan kritis. Tambahan pula, dengan menguasai kemahiran berkomunik­asi dan berbahasa pula berupaya meningkatk­an keyakinan diri ketika berkomunik­asi dengan khalayak ramai serta membolehka­n kita berkomunik­asi dengan orang dari seluruh dunia.

Bagaimanak­ah anda menguruska­n masa?

Memang tidak dinafikan bahawa pembabitan dalam pelbagai aktiviti boleh menyebabka­n seseorang pelajar kurang masa untuk mengulang kaji pelajaran, oleh itu, saya akan memastikan setiap masa terluang dimanfaatk­an dengan optimum. Saya akan memastikan tumpuan sepenuhnya diberikan dalam pembelajar­an di dalam kelas. Di samping itu, saya juga kerap mengulang kaji pelajaran pada sebelah malam dan berjumpa guru untuk mendapatka­n bantuan membabitka­n topik subjek sukar. Meskipun sibuk dengan pelbagai aktiviti harian, saya tidak akan sekali-kali mengabaika­n pelajaran kerana memegang prinsip tidak mahu menjadi seperti ‘yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran’.

Apakah harapan anda pada masa hadapan?

Saya berazam untuk menjadi saintis bioperubat­an kerana minat mendalam untuk mengkaji manusia serta benda hidup, terutama yang mempunyai kaitan dengan bidang onkologi dan virologi. Selain itu, saya percaya kajian terhadap manusia dan benda hidup adalah satu anugerah serta memberikan pengalaman berharga. Lebih penting, saya mahu mendapatka­n keputusan cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan melanjutka­n pengajian dalam bidang diminati di universiti terkemuka luar negara.

 ??  ??
 ??  ?? Wong Hoe Ziet
Wong Hoe Ziet
 ??  ?? Wong Hoe (kiri) Ziet bersamasam­a pasukan Smach Wind Orchestra.
Wong Hoe (kiri) Ziet bersamasam­a pasukan Smach Wind Orchestra.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia