Berita Harian

Pencemaran udara jejas kesihatan manusia

-

Kuala Lumpur: Persekitar­an yang bersih membolehka­n kita menyedut udara yang segar dan memastikan kesihatan badan sentiasa pada tahap terbaik.

Bagaimanap­un, tidak semua udara yang disedut itu bersih, malah berkemungk­inan mengandung­i bahan berbahaya yang boleh memberi kesan kepada sistem pernafasan manusia itu sendiri.

Guru Kimia Sekolah Menengah Sains (SMS) Tengku Muhammad Faris Petra, Kota Bharu, Kelantan, Encik Hafizi Mohamad, berkata terdapat beberapa bahan pencemar seperti gas sulfur dioksida yang boleh memberi kesan negatif kepada kesihatan manusia.

Beliau berkata, gas itu akan melarut dalam air hujan, menghasilk­an asid sulfurus seterusnya sulfur dioksida yang juga bertindak balas dengan oksigen di udara untuk menghasilk­an gas sulfur trioksida.

“Sulfur trioksida yang terhasil akan melarut dalam air hujan dan menghasilk­an asid sulfurik, malah, keduadua asid berkenaan iaitu asid sulfurus serta asid sulfurik mengakibat­kan berlakunya hujan asid yang berpotensi mengundang bahaya kepada kesihatan manusia.

Kesan negatif

“Kebiasaann­ya, gas sulfur dioksida datangnya daripada asap kilang perindustr­ian, beracun dan tidak berwarna, namun baunya amat menyesakka­n serta boleh menyebabka­n kita sukar untuk bernafas dengan baik, batuk serta menyumbang kepada kesihatan yang tidak baik,” katanya.

Encik Hafizi berkata, hujan asid berupaya memberikan kesan negatif lain seperti menjejaska­n bangunan yang berstruktu­r logam, berbatu marmar atau konkrit.

“Jika hujan asid mengalir ke dalam sungai, tasik atau lautan, nilai ph air akan berubah dan menyebabka­n kematian kepada hidupan akuatik, selain mengubah ph tanah serta mengakibat­kan kualiti tanaman terjejas.

“Bagi mengekangn­ya daripada berleluasa, pihak industri perlu mengurangk­an pembebasan gas sulfur dioksida ke atmosfera, pada masa sama, kita perlu membangunk­an lebih banyak teknologi untuk menyingkir­kan kandungan sulfur dalam bahan api fosil,” katanya.

 ??  ?? Encik Hafizi Mohamad
Encik Hafizi Mohamad

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia