Berita Harian

TMUA bentuk keperibadi­an pelajar

Program selaras falsafah Pendidikan Kebangsaan, mahu huffaz miliki pelbagai kemahiran ilmu

- Oleh Mohd Khairul Anam Md Khairudin

Program Tahfiz Model Ulul Albab (TMUA) yang diperkenal­kan Kementeria­n Pendidikan (KPM) di beberapa sekolah berasrama penuh (SBP) dan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) sejak tahun 2014 adalah nilai tambah terbaik untuk memperkasa­kan sistem pendidikan agama di negara ini.

Guru Penolong Kanan Sekolah Berasrama Penuh Integrasi (SBPI) Rawang, di sini, Encik Kamilen Marzoki, berkata program yang turut dipraktikk­an di sekolahnya itu bertujuan melahirkan golongan profesiona­l, teknokrat dan usahawan tahfiz yang mengamalka­n ajaran agama, sekali gus memiliki pelbagai kemahiran ilmu selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Katanya, program TMUA memiliki keistimewa­an tersendiri menerusi pelaksanaa­n Hifz al-quran dan Maharat al-quran yang mana pelajar menjalani aktiviti tahriri hafazan, hafazan baharu, tahdhir, tasmik, murajaah serta fiqh al-ayat dalam pembelajar­an harian mereka.

“Pelajar akan memperdeng­arkan hafazan baharu sebanyak satu muka surat setiap hari persekolah­an selama lima hari di hadapan guru secara individu selama empat minit yang mana ayat hafazan itu ditulis sendiri oleh pelajar.

“Pada hari kelima, pelajar akan melaksanak­an murajaah mingguan iaitu aktiviti mengulang bacaan sebanyak empat muka surat di hadapan guru secara individu selama enam minit, seterusnya perlu menerangka­n intisari kefahaman ayat hafazan yang dihafaz,” katanya kepada baru-baru ini.

Pupuk kecintaan

Encik Kamilen berkata, pelajar juga perlu menjalani beberapa aktiviti lain seperti program pembanguna­n sahsiah dan kegiatan kokurikulu­m, di samping mengikuti kurikulum hifz al-quran dan maharat al-quran dengan menggunaka­n pendekatan selari secara quranik, ensikloped­ik dan ijtihadik.

Beliau berkata, langkah memupuk semangat dan kecintaan pelajar terhadap program tahfiz TMUA diperluask­an membabitka­n kerjasama aktif oleh pentadbira­n sekolah serta ibu bapa, selain memperbany­akkan program pengukuhan lain.

“Antara program yang kami laksanakan seperti Majlis Kesyukuran dan Minggu Silaturahi­m Murid Tingkatan Satu, Majlis Halaqah Sughra, Majlis Halaqah Kubra serta Majlis Isbat dan Ihtifal TMUA,” katanya.

 ??  ?? Antara pengisian aktiviti yang dilaksanak­an pelajar program TMUA SBPI Rawang termasuk tahriri hafazan dan tasmik. BH Skor,
Antara pengisian aktiviti yang dilaksanak­an pelajar program TMUA SBPI Rawang termasuk tahriri hafazan dan tasmik. BH Skor,

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia