Berita Harian

Radiant Group sasar pasaran Asia Tenggara

IPO syarikat catat dana RM29.5 juta

- Oleh Nasuha Badrul Huzaini

Penyedia penyelesai­an teknologi peruncitan, Radiant Globaltech Bhd (Radiant Group) yang membuat kemunculan sulung memberangs­angkan di Pasaran ACE Bursa Malaysia menyasar untuk meningkatk­an jumlah pelanggann­ya di negara ini serta di rantau Asia Tenggara seperti Indonesia.

Radiant Group menawarkan penyelesai­an perisian dan perkakasan teknologi berskala penuh serta perkhidmat­an penyelengg­araan dan sokongan teknikal.

Harga pembukaan saham Radiant Group ketika memulakan daganganny­a semalam adalah sebanyak 50 sen sesaham, premium 27 sen daripada harga rujukannya, iaitu 23 sen sesaham.

Pengarah Urusannya, Paul Yap Ban Foo, berkata penambahan asas pelanggan akan meningkatk­an pendapatan kumpulan dan membuka peluang untuk diteroka dalam pelbagai segmen industri.

“Berdasarka­n rekod perniagaan yang kukuh dan kemampuan yang terbukti, kami optimis dapat menambah jumlah pelanggan pada masa hadapan.

“Sehubungan itu, kami mencari peluang untuk memanjangk­an kepakaran kami dalam penyediaan teknologi runcit kepada jenis pelanggan runcit yang lain seperti peruncit di pusat beli-belah, lapangan terbang serta pengendali utiliti.

“Selain itu, kami juga menyasar untuk meneroka rangkaian runcit makanan dan minuman secara langsung,” katanya di Kuala Lumpur, semalam.

Status Msc-malaysia

Antara pelanggan utamanya di negara ini ialah pasar raya besar Giant, Cold Storage, AEON Big, Parkson, Watson, Guardian dan 99 Speedmart.

Menerusi tawaran awam permulaann­ya (IPO), Radiant Group meraih dana sebanyak RM29.5 juta.

Daripada jumlah itu, RM14.6 juta akan diperuntuk­kan bagi pengembang­an perniagaan dan modal manakala RM4.8 juga lagi bagi modal kerja.

Baki RM6.6 juta lagi akan digunakan untuk pembiayaan pinjaman bank dan RM3.5 juta bagi tujuan senaraian.

Mengulas lanjut, Ban Foo berkata pihaknya juga berjaya mendapat kontrak dengan jenama pasar raya besar di Indonesia menerusi pengedarny­a di sana.

“Pada masa ini, perolehan jualan dari pasaran luar negara kami adalah sebanyak 17.6 peratus dan kami menyasar untuk meningkatk­an jumlah berkenaan menerusi penerokaan pasaran di Indonesia, Vietnam dan Kemboja,” katanya.

Radiant Globaltech memperoleh status Msc-malaysia pada Disember 2014 dan membolehka­nnya mendapat akses kepada insentif kewangan dan bukan kewangan bagi tempoh lima tahun.

 ?? [ FOTO MOHD YUSNI ARIFFIN/ BH ] ?? Ban Foo (dua dari kanan) menyaksika­n pergerakan saham Radiant Group di Bursa Malaysia, semalam.
[ FOTO MOHD YUSNI ARIFFIN/ BH ] Ban Foo (dua dari kanan) menyaksika­n pergerakan saham Radiant Group di Bursa Malaysia, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia