Berita Harian

Castrol lancar minyak pelincir MAGNATEC generasi baharu

Produk terkini kurangkan kesan kesesakan lalu lintas

- Oleh Mohd Zaky Zainuddin

BP Castrol Lubricants (Malaysia) Sdn Bhd melancarka­n minyak pelincir generasi terkini Castrol MAGNATEC dengan teknologi baharu DUALOCK.

Produk dengan teknologi termaju Castrol itu ditawarkan dengan empat pilihan dengan pek empat liter, iaitu Castrol MAGNATEC STOP-START 0W-20 yang dijual pada harga dicadangka­n RM201.90; Castrol MAGNATEC STOP-START 5W-30 (RM187.80); Castrol MAGNATEC 10W-30 (RM143.40); dan Castrol MAGNATEC 10W-40 (RM138.70).

Pengarah Pemasaran Malaysia dan Singapura BP Castrol Lubricants, Keow Mei Shan, berkata produk minyak pelincir versi terkini itu boleh didapati di 400 pusat servis Castrol Auto Service dan bengkel bebas di seluruh negara.

“Generasi terkini Castrol MAGNATEC dengan teknologi DUALOCK adalah inovasi perintis baharu daripada Castrol. Dua molekul pelindung yang berbeza melekat dan berpaut ke permukaan enjin, membentuk satu lapisan perlindung­an berkuasa yang memberikan 50 peratus penguranga­n kehausan semasa pemanasan dan henti gerak enjin.

“Produk ini dicipta khusus untuk kesesakan lalu lintas oleh pasukan teknologi Castrol dan memberikan perlindung­an lebih baik kepada kenderaan dalam keadaan jalan raya,” katanya kepada media selepas majlis pelancaran Castrol MAGNATEC dengan teknologi baharu DUALOCK di Petaling Jaya, semalam.

Yang hadir sama ialah Pengarah Pemasaran ASEAN BP Castrol Lubricants, Mark Ng Boon Fatt dan Pengurus Servis Teknikal BP Castrol Lubricants, Joshua Tan.

Penuhi keperluan pasaran

Castrol MAGNATEC dengan teknologi baharu DUALOCK menawarkan perlindung­an berterusan dari saat enjin dihidupkan dan membantu menyelesai­kan masalah kehausan enjin ketika dipanaskan.

 ?? [ FOTO ZUNNUR AL SHAFIQ / BH ] ?? Mei Shan (dua dari kiri) dan Boon Fatt (dua dari kanan) pada majlis pelancaran Castrol MAGNATEC dengan teknologi baharu DUALOCK di Petaling Jaya, semalam.
[ FOTO ZUNNUR AL SHAFIQ / BH ] Mei Shan (dua dari kiri) dan Boon Fatt (dua dari kanan) pada majlis pelancaran Castrol MAGNATEC dengan teknologi baharu DUALOCK di Petaling Jaya, semalam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia