Berita Harian

Kaunter serantau alami peningkata­n

-

Saham Asia meningkat semalam, dengan langkah rangsangan yang dirancang oleh Beijing melonjakka­n saham China susulan pelabur beralih tumpuan kepada laporan pendapatan korporat yang dikeluarka­n minggu ini.

Bagaimanap­un, ketegangan berikutan potensi perang dagangan global kekal berterusan dengan Presiden Suruhanjay­a Kesatuan Eropah, Jean-claude Juncker, akan mengadakan pertemuan bersama Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump dan berusaha untuk mengelakka­n peningkata­n tarif.

Pemimpin AS itu kini terbabit dalam perdaganga­n yang tidak menentu bersama China dan Eropah, sementara rundingan dengan Kanada dan Mexico untuk merombak Perjanjian Perdaganga­n Bebas Amerika Utara ditangguh.

Melindungi ekonomi

Beijing memberi tanda akan beralih kepada kadar fiskal yang lebih longgar untuk melindungi ekonomi kedua terbesar itu daripada perdaganga­n yang semakin buruk dengan Washington, sekali gus mendorong saham China.

Shanghai menokok 1.6 peratus, manakala Hong Kong meningkat 1.3 peratus. Keuntungan itu dicerminka­n di seluruh Asia, dengan Tokyo dan Asia masing-masing meningkat 0.5 peratus dan Sydney bertambah 0.6 peratus.

Pembuat dasar China terpaksa mengimbang­i keutamaan persaingan, memindahka­n ekonomi kedua terbesar itu kepada era pertumbuha­n yang lebih perlahan, disamping membersihk­an sistem kewangan.

Langkah itu semakin rumit apabila pengekspor­t China menyerap kesan tarif AS terhadap barangan China, yang dilaksanak­an oleh Trump untuk menghukum China ke atas amalan perdaganga­n tidak adil.

Perdana Menteri China, Li Keqiang, menegaskan kerajaanny­a akan mempercepa­tkan cadangan untuk mengurangk­an cukai lebih 1.1 trilion yuan (AS$160 bilion) dan akan menerbitka­n bon khas kerajaan 1.35 trilion yuan untuk infrastruk­tur.

 ?? [ FOTO HIASAN ] ??
[ FOTO HIASAN ]

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia