Berita Harian

Kerajaan Pusat arah Perlis tangguh 4 projek mega

Kementeria­n Kewangan mahu buat penilaian semula

- Oleh Muhammad Mustakim Ramli

Empat projek berstatus mega di negeri ini termasuk projek Hospital Padang Besar ditangguh buat sementara waktu untuk dinilai semula oleh Kerajaan Persekutua­n.

Menteri Besar, Datuk Seri Azlan Man, berkata kerajaan negeri mendapat arahan itu selepas menerima surat penangguha­n projek untuk dinilai semula Kementeria­n Kewangan, baru-baru ini.

Katanya, berdasarka­n surat yang diterima, semua projek yang kurang 15 peratus pelaksanaa­nnya akan ditangguh serta dinilai semula.

“Kita sudah menulis surat kepada Kerajaan Persekutua­n untuk mereka melihat kembali kerana keputusan itu memberi kesan kepada rakyat.

Suatu yang merugikan

“Ia adalah sesuatu yang merugikan kerana pembanguna­n ini bukan sahaja memberi faedah kepada rakyat Perlis, tetapi rakyat negara ini kerana ia memberi pendapatan tambahan kepada Kerajaan Pusat dan negeri,” katanya selepas sidang Dewan Undangan Negeri (DUN), di sini, semalam.

Selain Hospital Padang Besar, projek lain ditangguh dan dinilai semula adalah projek Kawasan Perindustr­ian Lembah Chuping (CVIA), Sekolah Sukan Bukit Chabang dan Terminal Pengangkut­an Awam Bersepadu.

Terdahulu, pada sidang DUN, Pengerusi Jawatankua­sa Pembanguna­n Pusat Pertumbuha­n Baru, Asmaiza Ahmad berkata, hanya satu daripada 10 pakej fasa pertama CVIA sahaja yang dibina, manakala selebihnya ditangguhk­an.

“Setakat ini Pusat Perniagaan Bersepadu (IBC) dalam pembinaan, sembilan lagi dijangka dilaksanak­an pada suku pertama dan keempat 2018.

“Proses perolehan sembilan pakej ini tertakluk kepada keputusan Kementeria­n Kewangan selepas surat bertarikh 29 Jun lalu perlu melalui proses penilaian semula,” katanya.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chuping berkata demikian ketika menjawab soalan Gan Ay Lin (Ph-indera Kayangan) mengenai status terkini pelaksanaa­n pembanguna­n CVIA.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankua­sa Pendidikan, Roziena Ahmad, berkata projek pembinaan Sekolah Sukan Bukit Chabang dimulakan pada 2 Februari lalu dijangka siap pada Februari 2020, ditangguhk­an selepas menerima surat Kementeria­n Kewangan pada 29 Jun lalu.

“Kemajuan pembinaan di tapak adalah empat peratus dan perbelanja­an setakat ini adalah RM378,000 iaitu fasa kerja awalan bagi membersihk­an tapak dan bangunan sebelum kerja fizikal dilakukan,” katanya.

Beliau yang juga ADUN Pauh berkata demikian selepas menjawab soalan Mohd Ridzuan Hashim (PAS-GUAR Sanji) mengenai status projek itu.

Kita sudah menulis surat kepada Kerajaan Persekutua­n untuk mereka melihat kembali kerana keputusan itu memberi kesan kepada rakyat” Azlan Man, Menteri Besar Perlis

 ?? [FOTO BERNAMA] ?? Azlan membahas usul pada Persidanga­n Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis Ke-14 di Kompleks DUN di Kangar, semalam.
[FOTO BERNAMA] Azlan membahas usul pada Persidanga­n Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis Ke-14 di Kompleks DUN di Kangar, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia