Berita Harian

Johor umum diskaun separuh tunggakan sewa PPR

-

Johor Bahru: Kerajaan Johor semalam mengumumka­n pelaksanaa­n diskaun 50 peratus bayaran tunggakan sewa Program Perumahan Rakyat (PPR).

Pengerusi Jawatankua­sa Perumahan dan Pembanguna­n Luar Bandar negeri, Dzulkefly Ahmad, berkata perkara itu diluluskan pada Mesyuarat EXCO dipengerus­ikan Menteri Besar, Datuk Osman Sapian, Rabu lalu.

Katanya, tawaran diskaun 50 peratus itu diberikan kepada penyewa sah yang berdaftar dengan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Bahagian Perumahan membabitka­n tunggakan dari Jun tahun ini dan bulan sebelumnya.

“Terdapat lapan PPR membabitka­n 8,279 unit disewakan pada kadar RM124 sebulan di negeri ini dan jumlah tunggakan bagi kesemua PPR ini sehingga 30 Jun lalu sebanyak RM1.30 juta.

Sebahagian janji PH

“Diskaun 50 peratus ini diberikan kepada penyewa berdaftar mengikut kategori golongan sasar iaitu miskin dan miskin tegar yang disahkan Pejabat Daerah, asnaf, fakir dan miskin yang disahkan Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ), penerima bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) serta pesakit kronik yang disahkan Kementeria­n Kesihatan.

“Permohonan boleh dibuat selama sebulan bermula 1 hingga 31 Ogos ini dengan mendapatka­n borang dari Pejabat SUK Perumahan atau melayari laman portal erumah.johor.gov.my,” katanya selepas merasmikan Persidanga­n Antarabang­sa Teknologi Inovatif dan Kreatif dalam Pembelajar­an (I-CITE) 2018 di sini, semalam.

Pelaksanaa­n diskaun 50 peratus bayaran tunggakan sewa PPR itu adalah sebahagian daripada 10 janji Pakatan Harapan (PH) Johor dalam 100 hari pentadbira­nnya.

Katanya, tawaran diskaun itu hanya diberikan kepada unit perumahan PPR, tidak termasuk unit kedai atau perniagaan.

 ?? [FOTO HAIRUL ANUAR RAHIM/BH] ?? Dzulkefly (kiri) melakukan gimik perasmian I-CITE 2018 di Johor Bahru, semalam.
[FOTO HAIRUL ANUAR RAHIM/BH] Dzulkefly (kiri) melakukan gimik perasmian I-CITE 2018 di Johor Bahru, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia