Berita Harian

Guru agama direman 7 hari

Polis terima enam laporan kejadian babit murid Tahun Empat, Lima

- Oleh Hadzlihady Hassan

Polis menahan seorang guru agama di sebuah sekolah di Sungai Ara di sini pagi kelmarin kerana dikatakan mencabul beberapa murid lelaki sekolah itu.

Penahanan terhadap guru agama berusia 40 tahun itu pada jam 10 pagi dibuat selepas polis menerima laporan daripada beberapa keluarga pelajar berkenaan.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superinten­dan A A Anbalagan, berkata suspek ditahan di pekarangan Pejabat Pendidikan Daerah Barat Daya.

“Setakat ini, kita sudah menerima enam laporan polis berhubung kejadian cabul itu membabitka­n murid Tahun Empat dan Lima.

Ibu mangsa lapor polis

“Lima daripadany­a adalah laporan kerana dicabul, manakala satu lagi laporan dibuat kerana mangsa hampir dicabul guru agama terbabit,” katanya.

Katanya, laporan pertama dibuat pada Rabu lalu oleh ibu mangsa selepas anaknya mendakwa dicabul ketika sesi pembelajar­an dalam kelas.

“Ketika kejadian, mangsa dipanggil membaca al-quran dan dia diraba guru terbabit ketika berdiri di sebelah meja.

“Mangsa juga mendakwa guru terbabit sudah melakukan perbuatan itu terhadapny­a sejak April lalu dan turut memberitah­u ibunya beberapa rakan lain juga diperlakuk­an sedemikian,” katanya.

Menurutnya, empat lagi mangsa tampil membuat laporan semalam dengan mendakwa mereka dicabul dalam kelas serta surau di sekolah ketika sesi pembelajar­an dan selepas waktu sekolah.

“Suspek sudah berkahwin dan mempunyai lima anak serta mengajar di sekolah terbabit sejak 2014 lalu.

“Dia kini direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017,” katanya.

Difahamkan, ada antara mangsa dicabul berulang kali ketika waktu rehat dan juga selepas sesi persekolah­an.

Ketika kejadian mangsa dipanggil membaca al-quran dan dia diraba guru terbabit ketika berdiri di sebelah meja”

A A Anbalagan, Ketua Polis Daerah Barat Daya

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia