Berita Harian

7 kilang disita, 17 pendatang kena tahan

-

Kuala Langat: Seramai 17 pendatang asing tanpa izin ditahan dalam Operasi Bersepadu Kilang di beberapa lokasi di kawasan pentadbira­n Majlis Daerah Kuala Langat (MDKL).

Mereka ditahan di satu daripada tujuh kilang haram yang disita dalam operasi bermula pada jam 10 pagi dan berakhir jam 6 petang semalam.

Ketua Imigresen Pelabuhan Klang, Sayed Abdul Rahman Sayed Mahmud, berkata seramai 16 warga Bangladesh dan seorang warga Indonesia ditahan dalam operasi berkenaan.

“Ketika ditahan, semua pendatang itu sedang bekerja di kilang terbabit dan mereka patuh dengan arahan kami (tidak melawan),” katanya.

Tinjauan NSTP mendapati, tujuh kilang kitar semula plastik yang beroperasi itu sangat kotor dan busuk, selain longgokan plastik yang hendak diproses bercampur dengan sampah.

Ada yang dibina dalam kawasan ladang sawit dan kawasan semak serta tersorok, malah beberapa kilang juga terpaksa diumpil dan dipecahkan pintunya.

Berjaya larikan diri

Ketika operasi dijalankan, semua pekerja di enam daripada tujuh kilang terbabit dipercayai berjaya melarikan diri.

Sementara itu, Pengerusi Jawatabkua­sa Kerajaan Tempatan, Pengangkut­an Awam Dan Pembanguna­n Kampung Baru, Ng Sze Han, yang turut serta dalam operasi berkata, kilang haram seperti itu tidak sepatutnya wujud di Selangor.

“Kita tidak akan membenarka­n kilang seperti ini wujud dan pihak terbabit perlu segera menghentik­an operasi serta bersihkan tapak kilang sebelum tindakan undang-undang diambil,” katanya.

Yang hadir sama, EXCO Alam Sekitar, Teknologi Hijau, Sains, Teknologi Dan Inovasi (STI) Dan Hal Ehwal Pengguna, Hee Loy Sian, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Banting, Lau Weng San dan Yang Dipertua MDKL, Mohamad Zain A Hamid.

Sze Han berkata, Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) memutuskan kerajaan negeri tidak teragak-agak mengambil tindakan terhadap aktiviti menyebabka­n pencemaran.

“Selepas perjumpaan mengenai tindakan terhadap isu pencemaran udara dari premis kitar semula plastik 16 Julai lalu, satu operasi bersepadu dijalankan hari ini (semalam) di daerah Kuala Langat.

“Tindakan dalam masa singkat dibuat kerana kerajaan negeri peduli dan prihatin terhadap isu yang membawa kesan negatif kepada rakyat Selangor,” katanya.

 ?? [FOTO FAIZ ANUAR/BH] ?? Dari kanan; Weng San, Sze Han dan Loy Sian menunjukka­n longgokan plastik dari beberapa kilang haram yang disita dalam Operasi Bersepadu Kilang Haram oleh MDKL, semalam.
[FOTO FAIZ ANUAR/BH] Dari kanan; Weng San, Sze Han dan Loy Sian menunjukka­n longgokan plastik dari beberapa kilang haram yang disita dalam Operasi Bersepadu Kilang Haram oleh MDKL, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia