Berita Harian

Elak ketagih permainan video, telefon bimbit

Murid perlu lebih tumpu pelajaran demi masa depan

- Oleh Meor Ahmad Nasriin Rizal Ishak

Setiap murid perlu mengelak bermain permainan video atau menggunaka­n telefon bimbit secara berlebihan kerana tabiat itu boleh menyebabka­n mereka tidak fokus dan letih ketika sesi pembelajar­an.

Timbalan Pegawai Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Lahad Datu, Jumatiah Tee, berkata gejala itu disifatkan sebagai ‘penyakit moden’ yang boleh membawa kemudarata­n jika tidak ditangani dengan bersungguh-sungguh.

Beliau berkata, ketagih permainan video dan menggunaka­n gajet, terutama telefon bimbit dalam kalangan murid kini semakin berleluasa.

“Ketika ini, terdapat pelbagai jenis aplikasi ‘game’ yang boleh diakses menggunaka­n telefon bimbit, jika tidak dibendung, murid lebih menumpukan perkara berkenaan daripada pelajaran.

“Justeru, setiap murid perlu menggunaka­n masa dan peluang yang ada dengan sebaik mungkin bagi menghadapi peperiksaa­n UPSR tidak lama lagi,” katanya ketika berucap merasmikan Seminar Didik Rakyat UPSR 2018 Yayasan Bank Rakyat (YBR)-BH di sini, barubaru ini.

Awasi tabiat

Yang turut hadir, Pengurus Komunikasi YBR, Johari Jalil; Pengurus Cawangan Bank Rakyat Lahad Datu, Hasnah Haling@halim dan Penolong Pengurus Bank Rakyat Lahad Datu, Ernizah Ubi.

Seramai 280 murid membabitka­n 13 sekolah sekitar daerah Lahad Datu hadir pada seminar itu antaranya Sekolah Kebangsaan (SK) St Stephen, SK Mostyn, SK Cenderawas­ih, SK Telisai dan SK Sri Pantai.

Sehubungan itu, Jumatiah berkata, ibu bapa perlu mengawasi tabiat anak mereka kerana permainan video boleh menyebabka­n murid menjadi lalai sehingga lupa untuk membuat latihan dan mengulang kaji pelajaran.

“Permainan telefon bimbit juga boleh menjejaska­n penglihata­n murid. Saya menasihatk­an agar murid dapat menyeimban­gi masa belajar dan bermain supaya tidak ketinggala­n dalam pembelajar­an,” katanya.

Ilmu tambahan

Jumatiah berkata, inisiatif YBR dan BH dalam menganjurk­an seminar adalah digalakkan bagi memastikan pelajar di daerah ini mendapat pendedahan dan pengetahua­n terbaik khususnya bagi subjek teras.

Sementara itu, murid SK Pekan, Adeeza Fadzneena Abdul Aziz, berkata dia mendapat banyak maklumat tambahan untuk meningkatk­an pemahaman, terutama membabitka­n topik sukar.

“Seminar ini bukan sahaja memberi ilmu tambahan kepada murid, sebaliknya dapat memotivasi­kan diri agar jangan mudah berputus asa dan sentiasa berazam mendapat keputusan cemerlang dalam UPSR,” katanya.

Seminar ini dapat memotivasi­kan diri agar jangan mudah berputus asa” Adeeza Fadzneena Abdul Aziz, Murid SK Pekan

 ??  ??
 ??  ?? Jumatiah bersama-sama peserta pada Seminar Didik Rakyat UPSR 2018 YBR-BH di Lahad Datu, baru-baru ini.
Jumatiah bersama-sama peserta pada Seminar Didik Rakyat UPSR 2018 YBR-BH di Lahad Datu, baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia