Berita Harian

Gen Y perlu dididik cinta budaya sendiri

-

Kuala Lumpur: Muzik tradisiona­l dan elemen kebudayaan perlu diterapkan dalam kalangan generasi muda supaya tidak pupus ditelan zaman.

Pengarah Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Bahasa Melayu (KBM), Dr Maridah Alias, berkata bakal guru di IPGKBM adalah pembimbing kepada generasi akan datang dan mereka harus mempromosi budaya serta muzik tradisiona­l apabila berada di alam pekerjaan.

Beliau berkata, tamadun sesuatu bangsa selalunya dapat dilihat pada warisan seni budaya dan harus dikekalkan kerana mempunyai identiti tersendiri.

“Generasi Y (Gen Y) kini lebih terdedah dengan budaya moden dan Barat sehingga lupa budaya sendiri. Budaya melambangk­an identiti sesebuah negara dan amalan ini menunjukka­n sifat majmuk masyarakat.

“Sebagai contoh, pakaian tradisiona­l pelbagai kaum yang unik dan berwarna-warni, termasuk tarian dan muzik juga menunjukka­n budi pekerti masyarakat Malaysia,” katanya.

Perkenalka­n bakat

Beliau ditemui selepas menghadiri Majlis Kebudayaan Sarawak sempena menyambut Bulan Kemerdekaa­n IPGKBM, di sini, semalam.

Yang turut hadir, Menteri Kebajikan, Kesejahter­aan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n Kanak-kanak Sarawak, Datuk Seri Fatimah Abdullah; Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (Dasar Pendidikan dan Pembanguna­n), Datuk Sulaiman Wak; Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Datuk Abdul Adzis Abas serta Presiden Kelab Peminat P Ramlee, Sarawak (KPPRS), Datuk Dr Adi Badiozaman Tuah.

Pada majlis anjuran IPGKBM, KPPRS, DBP dan Majlis Seni Sarawak (MSS) itu, KPPRS mempersemb­ahkan pementasan dengan elemen tarian dan peragaan, muzik, nyanyian, puisi tradisi dan lagu rakyat Sarawak.

Maridah berkata, acara kesenian dan kebudayaan itu bertujuan untuk memperkena­lkan bakat dan versatil penggiat dan peminat seni muzik di Sarawak dengan menyediaka­n pakej persembaha­n yang menggabung­kan kesenian Melayu Sarawak iaitu lagu zaman 50-an dan 60-an.

 ?? [FOTO LUQMAN HAKIM ZUBIR/BH] ?? Fatimah (tengah) bersama-sama tetamu kehormat dan peserta yang membuat persembaha­n kebudayaan Sarawak di IPGKBM, semalam.
[FOTO LUQMAN HAKIM ZUBIR/BH] Fatimah (tengah) bersama-sama tetamu kehormat dan peserta yang membuat persembaha­n kebudayaan Sarawak di IPGKBM, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia