Berita Harian

JAGA SENSITIVIT­I

Johan, Zizan elak gurauan guris perasaan penonton

- Oleh Farihad Shalla Mahmud

Tiada siapa dapat menafikan kehebatan mereka dalam berjenaka. Malah, gandingan antara Johan dengan Zizan atau lebih dikenali sebagai Jozan sentiasa dinanti ramai. Selepas tujuh tahun membawa haluan masingmasi­ng, Johan dan Zizan kembali bersatu menerusi program, Jozan Live.

Bersiaran bermula Selasa lalu, program itu tidak hanya mempersemb­ahkan sketsa menarik dan lucu, program ini juga menyaksika­n mereka mengundang tetamu ke studio untuk berbicara pelbagai topik hangat semasa, termasuk kisah peribadi.

Menyorot kembali sejarah gabungan Jozan, pasangan pelawak ini pernah teruk dikecam garagara gurauan mereka yang sukar dikawal dan ada ketika, mengguris perasaan orang lain.

Akur kebimbanga­n segelintir pihak yang enggan diri mereka dijadikan bahan jenaka, Johan dan Zizan memberi jaminan tiada insiden memalukan tetamu, sebaliknya lebih fokus pengisian yang membawa manfaat kepada penonton.

“Saya sedar pasti akan ada yang membangkit­kan perkara itu. Tetamu tidak perlu risau kerana sebelum program bermula, mereka akan diberi taklimat oleh pihak produksi. Kami akan terlebih dahulu duduk berbincang mengenai isu yang akan disentuh ketika program bersiaran.

“Tiada lagi soalan berbentuk terjah, sebaliknya semua akan dibincangk­an terlebih dahulu. Kita perlu menghormat­i tetamu yang datang kerana mereka mempunyai reputasi tersendiri di mata masyarakat.

“Dalam hal ini, kami tidak menumpukan perhatian kepada golongan selebriti sematamata. Selagi kisah mereka viral dan memberi manfaat kepada masyarakat, kita akan undang,” kata Johan ketika ditemui pada majlis pelancaran program Jozan Live yang diadakan di ibu negara, barubaru ini.

Elak kontrovers­i, isu sensitif

Ditanya apakah ada garis panduan yang harus diikuti bagi mengelak sejarah silam berulang, Johan berkata, produksi mempunyai cara tersendiri sebagai langkah berjagajag­a.

“Walaupun bersiaran secara langsung, ia disiarkan lewat lima minit untuk mengelak daripada kejadian yang tidak diingini. Pihak produksi berpeluang untuk menapis atau menyunting jika ada dialog atau perbualan tidak sesuai untuk tatapan umum.

“Memang banyak kerja dan merumitkan,

tetapi ia perlu sebagai langkah berhatihat­i. Dari segi garis panduan, kita tidak akan menyentuh perkara yang sensitif seperti agama. Kami mencari pengisian yang boleh memberi pengajaran kepada penonton,” katanya.

Penuhi permintaan peminat

Selepas lama tidak bersama, tentu ramai yang ingin tahu mengapa Jozan akhirnya mengambil keputusan untuk kembali ke layar kaca? Apakah yang bakal disajikan untuk membezakan program mereka dengan rancangan hiburan lain yang menampilka­n pelawak sebagai pengemudi?

“Saya sudah lama kenal Johan, sejak 11 tahun lalu ketika samasama menyertai Raja Lawak. Apabila lama tidak muncul bersama, saya rindu. Ini juga atas permintaan peminat yang mahukan kami kembali bersama di skrin televisyen.

“Selama ini, bukan kami tidak mahu muncul bersama. Malah, kami juga tidak bergaduh seperti yang dikatakan ramai. Cuma, kekangan masa membuatkan kami sukar bekerjasam­a. Saya sibuk di lokasi penggambar­an, manakala Johan dengan urusan perniagaan dan kerjaya radio.

“Kalau menyentuh persaingan, masingmasi­ng mempunyai kelompok peminat tersendiri. Untuk program Jozan Live, kami menyajikan sesuatu yang menarik dan berbeza daripada program komedi sedia ada,” katanya.

Tetamu tidak perlu risau kerana sebelum program bermula, mereka akan diberi taklimat oleh pihak produksi. Kami akan terlebih dahulu duduk berbincang mengenai isu yang akan disentuh ketika program bersiaran”

Johan

Selama ini, bukan kami tidak mahu muncul bersama. Malah, kami juga tidak bergaduh seperti yang dikatakan ramai. Cuma, kekangan masa membuatkan kami sukar bekerjasam­a”

Zizan

 ??  ??
 ??  ?? Johan dan Zizan kembali bergabung dalam Jozan Live.
Johan dan Zizan kembali bergabung dalam Jozan Live.
 ?? [ FOTO ROSELA ISMAIL/BH ] ??
[ FOTO ROSELA ISMAIL/BH ]
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia