Berita Harian

RCPJ tawar program bantu ibu tunggal

Anjur bengkel percuma ikuti kursus kemahiran bidang kulinari

- Oleh Nor Hatina Shuib

Menawarkan latihan dalam bidang bakeri secara percuma dan diberi elaun bulanan RM500 selama empat bulan menerusi program Supermum Bakeri membuka ruang kepada ibu tunggal menjana pendapatan.

Tawaran berkenaan diperkenal­kan dalam program anjuran Rotary Club Petaling Jaya (RCPJ), sejak 2012 itu, membolehka­n ibu tunggal mengikut kursus kemahiran dalam bidang kulinari.

Atas matlamat membantu ibu tunggal memperkasa­kan diri menerusi kemahiran, RCPJ menganjurk­an program berbentuk bengkel latihan dengan modul tersendiri berserta pakar terlatih dalam bidang bakeri.

Tahun ini modul latihan dikemaskin­i dan dibuat secara lebih komprehens­if berbanding tahun sebelum ini supaya dapat melahirkan pelatih yang memiliki ciri keusahawan­an dan bakat bakeri berbeza daripada yang sedia ada di negara ini.

Pengerusi Jawatan Kuasa RCPJ, Rianne Chin, berkata sebelum ini, modul latihan bagi pelatih berbentuk bekerja sambil belajar tetapi bagi memberikan impak kepada program kali ini, modul kali ini adalah latihan pembelajar­an dan latihan selama empat bulan.

“Enam peserta terdiri daripada ibu tunggal menyertai program ini selepas melepasi saringan temuduga dan beberapa kriteria lain yang sudah ditetapkan.

“Peserta ini akan menjalani sesi latihan praktikal bersama pakar dalam industri bakeri lima kali seminggu. Mereka akan belajar dan boleh memilih antara sesi pagi atau petang, tetapi perlu memenuhi jam kredit pembelajar­an iaitu selama tiga jam setengah setiap hari,” katanya ketika ditemui pada Hari Super Mum, di Taman Megah, Supermum Bakery, barubaru ini.

Kursus memasak

Chin berkata, modul menyeluruh yang dilaksanak­an bagi tahun ini meliputi latihan keselamata­n makanan, penyediaan asas roti dan sandwic, pembuatan roti, biskut dan kek serta pengurusan runcit kos makanan asas yang diajar dan dipantau beberapa pakar dalam bidang berkenaan.

Kumpulan pertama peserta akan memulakan latihan, bulan depan dan disusuli kumpulan kedua, pada Disember depan.

Beliau berkata, objektif utama program ini adalah memperkasa­kan ibu tunggal dengan mengasah bakat dan kemahiran komersial dalam industri bakeri dan sehingga dapat mempunyai pekerjaan sendiri bagi menjana pendapatan keluarga.

“Elaun RM500 turut disediakan dan diambil daripada keuntungan jualan produk. Produk ini dihantar ke kafe bakeri di sekitar Lembah Klang.

“Sebaik sahaja tamat latihan kita buka peluang kepada sebahagian ibu tunggal ini bekerja di bakeri Supermum di Jalan Megah, Kelana Jaya.

Tulang belakang program

Bagi ibu tunggal yang memiliki perancanga­n seperti membuka bakeri atau berniaga dalam talian, kita amat alu-alukan usaha ini.

Beliau berkata, program ini dilihat meringanka­n beban ditanggung ibu tunggal, terutama membabitka­n masalah kewangan.

“Bakeri adalah bidang yang mendapat perhatian dan permintaan ramai. Memandangk­an kos mengikuti kelas kemahiran seperti ini agak tinggi, inisiatif ini dilihat memberi peluang kepada ibu tunggal yang tidak berkemampu­an tetapi berminat menyertai kelas itu.

Program terbabit mendapat kerjasama dari Asia Banking School, iaitu pertubuhan bukan kerajaan (NGO), yang menjadi tulang belakang kepada pelaksanaa­n program dengan membantu menjalanka­n urusan temu duga dan promosi.

Objektif utama program ini memperkasa ibu tunggal dengan mengasah bakat dan kemahiran komersial dalam industri bakeri sehingga berupaya ada pekerjaan sendiri jana pendapatan keluarga”

Rianne Chin, Pengerusi Jawatan Kuasa RCPJ

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia