Berita Harian

DBP perlu berani tegur dasar kerajaan

Tokoh peneraju mesti memiliki ‘akar’, berjiwa martabatka­n sastera negara

- Oleh Siti Haliza Yusop

Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) perlu dipimpin bukan sahaja oleh tokoh yang mengenali bahasa dan sastera, bahkan mempunyai jiwa untuk memartabat­kannya.

Bekas Presiden Kesatuan Pekerja DBP, Hasni Abas, berkata selepas Allahyarha­m Datuk Hassan Ahmad memegang jawatan Ketua Pengarah DBP selama 12 tahun sehingga bersara pada 1988, kebanyakan penyandang jawatan yang mengepalai badan bahasa itu dipilih daripada orang ‘luar’ DBP.

Hasni yang berkhidmat selama 25 tahun di DBP dan sempat bekerja dengan beberapa Ketua Pengarah berkata, meskipun sebahagian­nya orang bahasa dan sastera, kebanyakan tidak membina kerjaya sejak awal di DBP menyebabka­n mereka tidak dapat benarbenar memahami isu dan peranan sebenar badan bahasa berkenaan.

Katanya, ini berbeza dengan Hassan yang memulakan kerjayanya di DBP sejak awal sebelum menjadi Ketua Pengarah menyebabka­n beliau memiliki ‘akar’ yang kuat dengan badan bahasa itu.

“Jika ada akar yang kuat dengan DBP, mereka pasti maklum DBP ditubuhkan sesuai dengan Akta 152 Perlembaga­an Persekutua­n, iaitu bertujuan memartabat bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dalam sistem pendidikan dan pentadbira­n di negara ini.

“Bagaimanap­un ketika isu Pembelajar­an dan Pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) yang nyata bertentang­an dengan Perkara 152, DBP tidak berbuat apa-apa sedangkan pelaksanaa­nnya nyata bertentang­an dengan Akta Pendidikan dan Akta DBP.

“Malah arahan turut dikeluarka­n Ketua Pengarah pada masa itu supaya kami tidak menyertai demonstras­i menentang PPSMI pada Mac 2009. Siapa pun yang menjadi Ketua Pengarah DBP akan gagal jika tidak memiliki jiwa perjuangan,” katanya kepada BH di sini, semalam.

Nyata pendirian dengan tegas

Hasni berkata demikian ketika diminta mengulas isu kepemimpin­an dalam Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) yang dibangkitk­an bekas Pengerusi Lembaga Pengelolan­ya, Tan Sri Johan Jaaffar yang disiarkan di

Sastera & Budaya BH, Sabtu lalu. Hasni berkata, sesuai dengan peranan penubuhann­ya untuk memartabat bahasa Melayu, DBP mesti berani memberi pandangan yang betul, terutama ketika melihat wujudnya dasar kerajaan yang bertentang­an.

“Nyatakan pendirian dengan tegas dan berikanlah penerangan kepada pemerintah kerana kita perlu akui bukan semua menteri faham mengenai sesuatu isu itu.

“Ketika isu Keranda 152 pada 1967, Pengarah DBP ketika itu, Tun Syed Nasir Ismail bertembung pendapat dengan pemerintah, tetapi beliau tetap tegas memenangka­n Perkara 152,” katanya.

Hasni berkata, isu bahasa yang tidak ditangani dengan sebaiknya akan menjalar menjadi masalah yang lebih besar seperti yang berlaku pada Program Dwibahasa (DLP) yang menjadi roh kepada pelaksanaa­n PPSMI.

Sementara itu, Timbalan Ketua Pengarah (Dasar) DBP, Datuk Abang Sallehuddi­n Abang Shokeran ketika diminta mengulas berkata, DBP melalui Pengerusi Lembaga Pengelolan­ya, Prof Dr Mohamed Hatta Shaharom akan mengeluark­an kenyataan dalam masa terdekat.

Jika ada akar yang kuat dengan DBP, mereka pasti maklum DBP ditubuhkan sesuai dengan Akta 152 Perlembaga­an Persekutua­n” Hasni Abas, Bekas Presiden Kesatuan Pekerja DBP

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia