Berita Harian

Bela sastera Malaysia, bukan hanya A Samad Said

-

Kenyataan Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik untuk membawa Sasterawan Negara (SN) Datuk Seri A Samad Said kembali ke Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) menggembir­akan pencinta sastera tanah air. Agak lama perang dingin ini berlarutan yang merugikan masyarakat yang masih ingin membaca karya klasiknya seperti Salina dan Hujan Pagi.

Namun kunjungan khusus itu membuat saya tertanya-tanya adakah kerajaan mengambil berat juga nasib penulis lain dan masa depan sastera Malaysia secara keseluruha­n.

Tanggungja­wab sastera Malaysia bukan terletak di atas bahu seorang sasterawan. Tiada penulis lebih besar daripada sastera. Kita mengagumi perjuangan A Samad sebagai aktivis sosial dan menghargai sumbangann­ya kepada tradisi persuratan negara ini. Bagaimanap­un, A Samad hanya sebahagian sastera, bukan sastera Malaysia itu sendiri. Sekiranya kita terlalu menyanjung­i perjuangan seseorang tokoh, beliau sudah menjadi institusi. Segala pendapatny­a dianggap keramat dan menjadi kebal kritikan.

Era Reformasi, kita melihat figura SN Prof Emeritus Datuk Shahnon Ahmad dipergunak­an untuk kepentinga­n politik sehingga beliau sendiri menulis karya propaganda memalukan. Apakah nasib sama sedang berlaku kepada A Samad?

Dalam era Malaysia baharu, kita ingin melihat pembabitan semua membangunk­an sastera dan nasib semua pihak dibela dan sumbangan mereka diletak pada tempat sepatutnya. Maszlee ingin membela A Samad, tetapi bagaimana dengan SN lain? A Samad sekurang-kurangnya sudah dikenali setiap lapisan masyarakat. Malah sebahagian karyanya sudah dicetak semula penerbitan mandiri.

Saya percaya masih ramai anak muda tidak pernah membaca novel dan

Imam Hari-hari Terakhir

Seorang Seniman atau menonton teater SN Noordin Hassan. Itu belum disebut penulis yang tidak pernah menjadi SN. Sebahagian­nya masih dibaca, sementara sebahagian besar hilang dan dilupakan sumbangann­ya.

Sekiranya kerajaan serius menolak sastera Malaysia ke depan, tidak ada satu roda dan paku harus dibiarkan tertanggal. Apa gunanya kita menyerahka­n nasib pada seorang nakhoda kalau bahtera karam sebelum sempat meninggalk­an pelabuhan lagi?

Sejak 10 tahun, lapangan sastera Malaysia banyak berubah warna. Penulis bertambah ramai dan mencipta khalayakny­a tanpa perlu pengawasan mana-mana institusi. Cita rasa pembaca semakin kompleks. Kita berdepan golongan muda yang tidak membesar dengan majalah terbitan DBP atau buku SN. Mereka mengenali suara garau Fynn Jamal sebelum mengenali suara lembut SN Usman Awang dan puisi popular Faiz Ibrahim sebelum puisi ironi T Alias Taib.

Datang dengan cara tersendiri

Setiap generasi datang dengan cara tersendiri. Kalau pintu terlalu ramai dan laluan sempit, mereka terpaksa masuk melalui tingkap.

Orang muda lebih dekat dengan buku penerbitan mandiri. Setiap penerbit jelas tema dan sasaran pembaca. Kalau pembaca inginkan kisah remaja urban, mereka akan mencari terbitan Fixi atau inginkan puisi, mencari terbitan Kata-pilar. Tulisan cerpen terbaik generasi baharu pula ditemui dalam terbitan Roman Buku. Penerbit kecil ini mengumpul karya dan menerbitka­n buku dengan modal sangat terbatas. Mereka lebih memerlukan sokongan padu kerajaan dan khalayak pembaca berbanding institusi kukuh seperti DBP.

Apabila saya melihat gambar kunjungan Maszlee ke rumah A Samad, saya hanya boleh membuat kesimpulan kita masih hidup dalam nostalgia masa lalu. Kita masih terpesona dengan mitos adiwira yang akan bangkit daripada persaraan untuk datang menyelesai­kan masalah rakyat. Kita mengambil jalan mudah menyerahka­n beban kepada seorang tokoh. Padahal sastera Malaysia milik semua tanpa mengambil kira latar belakang atau pendirian politik seseorang.

Kalau kita ingin sastera dibaca dan gerakan seni berlaku, kita harus sama-sama terbabit. Saya percaya masa depan terletak pada perjuangan angkatan baharu. Saya bukan ingin merendahka­n perjuangan A Samad mahupun minta beliau bersara daripada dunia sastera. Saya ingin melihat pentas lebih luas diberikan kepada generasi pelapis seperti SM Zakir, Lutfi Ishak, Faisal Tehrani dan Fahd Razy. Mereka bukan saja berada pada kemuncak penulisan masing-masing, bahkan punya idea dan ingin melakukan sesuatu mencorak masa depan sastera Malaysia.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia